Monday 2 September 2013

Rakyat Naik Minyak Apabila PM Umum Kenaikan Harga Minyak



Ekoran kenaikan harga minyak, stesen minyak di Melaka dirempuh oleh pengguna yang 'naik minyak' ? 

Dek kerana pengumuman mengejut oleh kerajaan Malaysia melalui Datuk Seri Najib lewat petang semalam ditambahkan sifat panik dikalangan rakyat Malaysia akhirnya menyebabkan berlakunya kemalangan di stesen minyak Shell Durian Tunggal Melaka. 

Rakyat Malaysia terutamanya golongan pertengahan dan yang berpendapatan rendah merasakan kenaikan minyak 20 sen besar impaknya kepada mereka, mengambil kesempatan untuk mendapatkan penjimatan sebanyak mungkin dengan mengisi minyak di stesen minyak berdekatan sebelum bermulanya harga baru minyak RON 95 tengah malam tadi (3 September 2013).

Gambar kemalangan berjaya dirakam di stesen minyak SHELL Durian Tunggal berdekatan dengan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM).

Kes berlaku disalah sebuah stesen minyak Shell di Durian Tunggal, Melaka malam tadi. Berita Semasa dimaklumkan kemalangan berpunca kerana :

* pemilik stesen minyak SHELL Durian Tunggal Melaka tidak mahu menjual minyak petrol RON 95 kepada pemilik kenderaan dengan alasan simpanan minyak mereka telah pun kering.

* Sedangkan, pelanggan di sekitar Stesen Minyak SHELL Durian Tunggal Melaka yang terus menunggu merasakan pemilik stesen minyak itu hendak mengambil kesempatan untuk mendapatkan keuntungan yang sekali ganda atas nama pengumuman kenaikan harga minyak 20 sen bagi (minyak RON 95 & diesel)

Lagi Gambar Kemalangan Stesen Minyak Shell Durian Tunggal MelakaSemak satu persatu gambar kemalangan di bawah ini untuk paparan yang lebih jelas lagi dalam format galeri gambar :

Disebabkan kerajaan Malaysia mengumumkan kenaikan minyak secara mendadak, stesen minyak pun didakwa mahu mengambil kesempatan akhirnya rakyat Malaysia pun turut “naik minyak” apabila salah satu pam minyak Stesen Minyak SHELL Durian Tunggal Melaka dirempuh & dilanggarnya. Apa respon balas anda pula? -beritasemasa

No comments:

Post a Comment