Monday 22 July 2013

DUK DIAM PUN ORANG KETAWA (KEEK LATEST ZIZAN)

Lagu Negeri Perak (vokal berserta lirik)

EKSKLUSIF : POSMEN LAMBAK SURAT DALAM HUTAN


KUALA LUMPUR: Di sebuah kawasan tersembunyi berhampiran kawasan perumahan mewah di Ukay Heights, Ampang, adalah sebuah gaung hijau dengan tumbuh-tumbuhan subur tetapi dicemari dengan 'rahsia hitam'.

Tapak itu dikenal pasti telah menjadi tempat lambakan surat oleh posmen yang tidak bertanggungjawab yang menjadikan tempat terpencil itu untuk membuang surat-surat yang tidak dihantar.

Pada Sabtu, dua orang penduduk menjumpai beribu-ribu surat yang tidak dihantar di dalam gaung dan menghubungi 'The Star', yang seterusnya dimaklumkan mengenai posmen yang lalu di kawasan itu.

Salah seorang daripada mereka, Ismail W.O berkata beliau sedang memandu melepasi kawasan itu dan melihat tiga orang posmen sedang lepak di tepi jalan di sebelah gaung.

"Saya tertanya-tanya apa yang mereka sedang buat sedangkan tiada kawasan perumahan di sekitar kawasan itu tetapi tidak terus bertanya dan meneruskan perjalanan.

sindrom slps tgk video budak kapel seminggu

Wednesday 17 July 2013

BESUT : PEGAWAI POLIS PUTUS KAKI

Kuala Besut- Pegawai Polis Putus Kaki Kanan Dirempuh Kereta


Kuala Besut, 17 Julai - Seorang pegawai polis trafik yang bertugas untuk pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut putus kaki kanan setelah motosikal berkuasa tinggi yang ditungganginya dirempuh sebuah kereta di hadapan Sekolah Kebangsaan Alor Peroi di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 4.40 petang itu, Insp Farid Hasni Mamat, 33, dari Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah, terhumban kira-kira 10 meter berhampiran tembok sekolah akibat impak rempuhan itu.

Ketika kejadian mangsa bersama Pegawai Penguatkuasa Tadbir Trafik Ibu Pejabat Kontinjen Pahang ASP Zainalabidin Othman, 48, sedang melakukan rondaan berhampiran kawasan sekolah itu.

Menurut Zainalabidin, selepas selesai melakukan pemeriksaan di sekolah tersebut, mereka berdua menuju ke Sekolah Kebangsaan Kampung Baru apabila sebuah kereta dari arah bertentangan dipandu laju memotong sebuah kenderaan lain.

Katanya beliau yang berada kira-kira 50 meter di hadapan mangsa sempat mengelak kereta Proton Saga yang dipandu seorang pemuda berusia 19 tahun itu namun mangsa gagal berbuat demikian.

Zainalabidin berkata selepas melanggar mangsa, kereta berkenaan yang hilang kawalan melanggar tembok pagar sekolah sehingga runtuh.

"Melihat kejadian itu saya menghampiri mangsa dan melihat sebelah kaki mangsa putus dan dijumpai berhampiran tembok yang runtuh," katanya ketika ditemui di Hospital Besut, di sini.

Menurutnya mereka berdua baru bertemu sejak Sabtu lepas dan ditugaskan untuk membantu kelancaran trafik sempena PRK DUN Kuala Besut.

Mangsa yang berasal dari Kuala Ibai, Terengganu itu dikejarkan ke Hospital Besut dengan ambulan sebelum dipindahkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu bagi rawatan lanjut.
Keadaannya kini dilaporkan stabil.

Sementara itu Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Negeri Supt Alias Hashim ketika dihubungi mengesahkan kejadian kemalangan itu.

Katanya suspek yang mengalami kecederaan ringan itu kini ditahan bagi membantu siasatan. - BERNAMA

Kemaluan dipatuk Ular



[HM] Tel Aviv: Seekor ular dilaporkan muncul dan mematuk kemaluan seorang lelaki ketika dia duduk dalam sebuah tandas, kata paramedik di Israel semalam.

Bagaimanapun lelaki terbabit bernasib baik kerana ular itu tidak berbisa dan dia mampu berjenaka mengenai insiden itu.

Lelaki berusia 35 tahun dari utara Israel itu berkata, dia menyedari ada seekor ular menyerang selepas kemaluannya berasa panas seperti terbakar.

“Apabila saya melihat ke bawah, saya nampak seekor ular di dalam mangkuk tandas,” katanya.

Sementara itu anggota paramedik di Pusat Perubatan Rambam di Haifa berkata, mangsa masih bersemangat walaupun mengaku terkejut dengan kejadian itu.

“Walaupun ular itu tidak berbisa, patukannya meninggalkan parut pada kemaluan mangsa,” katanya.

Menurut paramedik itu, pengalaman merawat mangsa patukan ular di kemaluan lelaki adalah yang pertama untuknya. “Dia bernasib baik kerana semua ujian tidak menunjukkan ada ancaman kesihatan dialami mangsa,” katanya. - Agensi

ikan 3 rasa

jual kuih

Kuda Di Raja




Alkisah dalam satu negeri tu adalah seorang raja yang sangat ego lagi berlagak. Dah lah tak hensem, sombonglah pulak tu. Baginda mempunyai seekor kuda yang sangat patuh kepadanya. Kepandaian kuda ini telah tersebar meluas ke seluruh negara. Kuda ni memang pandai giler….. suruh buat apa pun mesti dilakukan, kalau raja suruh panjat pokok dia panjat, suruh nyayi lagu Hattan dia nyanyi …itu pasallah raja ni sayang sangat kat kudenya. Tapi kude ni hanya dengar arahan raja ni sorang je. Kerana berasa sangat ego, raja ini telah mengadakan satu pertandingan jika ada diantara rakyatnya yang dapat mengarahkan kuda tu duduk, dapatlah hadiah lima ratus dinar seperti yang dijanjikan kepada rakyatnya. Apabila hari pertandingan bermula, keluarlah seluruh rakyatnya untuk menyaksikan siapa yang boleh membuatkan kude tu duduk.
Hari dah hampir senja tapi masih tiada yang dapat berbuat demikian…makin egolah raja sorang ni. Tiba-tiba muncul seorang budak lalu pergi ke arah kuda tu dan tanpa disangka-sangka kude tu terus tunduk. Maka terkejutlah raja tadi lalu dipanggilnya budak tersebut seraya bertanya,
“Apa yang engkau buat sampai kude beta tu duduk wahai budak?”
Maka dengan selambanya budak tu berkata,
“Tadi patik jentik telur kude tu sampai dia terduduk.(Senak la agaknya kot…) Lalu blah sambil mengira-ngira wang yg dimenanginya. Raja yang tak puas hati ni adakan satu lagi pertandingan. Bukannye apa… nak cover malu.
“Kali ni beta pasti yang sapa-sapa pun takkan boleh menyuruh kuda beta menggelengkan kepalanya” katanya dalam hati sambil ketawa.
Maka sampailah hari pertandingan tu…ramailah rakyat keluar nak melihat sapa yang boleh buat kude raja ni geleng kepala. Seperti hari yg sebelumnya, dari pagi sampai la ke petang masih belum ada siapa yang dapat membuatkan kuda raja tersebut menggelengkan kepalanya… raja menyengih panjang sebab senja dah hampir tiba. Tiba-tiba datang lagi budak kecik tu dan bagitahu raja yang dia nak cuba lagi. Dengan selambanya raja berkata,
“Cubalah kalau boleh”.
Budak kecik ni pun pegi kat kude tu lalu berbisik kat telinganya. Dengan tak semena-mena kude tu terus menggelengkan kepalanya, maka bersoraklah orang ramai dengan kejayaan budak kecik tu lagi.
Raja berasa pelik lalu bertanya!
“Beta nak tau, apa yang kamu bisikkan tadi sampai kude beta pun gelengkan kepalanya?”
Dengan selambanya budak tu jawab,
.
.
.
.
.
.
“Nak kena jentik lagi…??”

Abang okay je



Sekumpulan lelaki berada di bilik persalinan di salah sebuah kelab exclusive lagi mewah di pusat bandar, setelah keluar dari gym, tiba-tiba kedengaran deringan Handphone di penjuru bilik tersebut. Seorang lelaki menjawap panggilan itu dan terjadilah perbualan sepert berikut…
“Hello?”
“Abang, nie sayang nie,”
“emmm… “
“Abang masih ada di kelab lagi ye?”
“Iya.”
“sayang sekarang nie berada di shopping complex dua block dari kelab abang tu. Sayang ada nampak kain sutera terbaru… cantik bang, boleh ke sayang beli?”
“Berapa harga nya?”
“Cuma $1500.00 aje”
“O.K, belilah kalau memang awak dah suka sangat”
“Ahhh thanks bang dan tadi sebelum datang sini sayang ada singgah di Cycle & Carriage dan tengok Mercedes model terbaru 2001. Sayang suka kat satu model tu. Dan sayang dah bincang dengan jurujualnya dan dia setuju nak bagi good price… lagipun elok juga kita tukarkan dengan BMW yang kita beli tahun lepas tu..”
“Berapa harga yang dia bagi?”
“Cuma $280,000… “
“O.k tapi pastikan harga tu dah on the road.”
“Great!, before we hang up, ada satu perkara lagi… “
“Apa?”
“Abang jangan terkejut pulak, sayang dah semak akaun bank abang dan… pagi tadi sayang singgah di pejabat ejen hartanah dan sayang dapat tau rumah yang kita tengok tahun lepas tu, sekarang nie untuk dijual!! Abang ingat tak? Rumah yang ada swimming pool bentuk love tu, ada taman orkid kat belakang, berhadapan dengan pantai tu.. cantik kan bang.”
“Berapa harga yang mereka minta?”
“Cuma $740,000… o.k kan bang, dan sayang tengok dalam akaun kita boleh cover harga tu.”
“Eloklah kalau macam tu, confirm cepat sebelum orang lain beli, tapi cuba dapatkan harga $700,000. OK?”
“OK, abang sayang, terima kasih bang, kita jumpa malam nanti ye!! I Love You !!!”
“Bye… I Love you too… “
Lelaki itu berhenti bercakap, menutup flap handphone… .sambil mengangkat tangan yang memegang handphone tu dan bertanya pada yang ada dalam bilik tersebut:
“ADA SESIAPA TAHU KE HANDPHONE NIE SIAPA PUNYA?”

Isteri kedua Ashraf Muslim

Sumber : Beautifulnara
Ashraf Muslim sebenarnya telah pun bernikah buat kali kedua dengan bekas kru produksi televisyen, Wan Sakinah Ahmad Saburi di Thailand, 7 Julai lalu. Perkara ini diketahui apabila Ashraf hari ini hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur.
isteri kedua ashraf muslim wan sakinah
Sehubungan dengan itu, Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini membenarkan pelakon Mohd. Ashraf Muslim untuk menarik balik permohonan kebenaran poligami. Hakim Syarie Muhamad Abdul Karim Wahab mengarahkan Mohd. Ashraf untuk membayar kos mahkamah RM8,000 kepada isteri pertama, Noor Dayana Lokman.
ashraf muslim kahwin lagi
Apa pun selamat pengantin baru buat Ashraf Muslim dan Wan Sakinah. Semoga perkahwinan mereka dirahmati dan diberkati. Pesanan Abang Nara kepada Ashraf Muslim, jangan lupakan tanggungjawab anda kepada isteri pertama. Sumber KOSMO.

Los Angeles - Laser Tattoo Removal - Before and after tattoo removal on ...

Monday 15 July 2013

Lady Gaga jatuh tergolek terlentang

Penyanyi Cantik Korea Jatuh di Atas Panggung

Funny ya:D :D (playlist)

Funny ya:D :D (playlist)

Penalti yang tak habis2

Funny ya:D :D (playlist)

Funny ya:D :D (playlist)

Los Angeles - Laser Tattoo Removal - Before and after tattoo removal on ...

SMK Seksyen 7

Penumpang Tren Bergaduh Kerana Satu Kerusi

CIKGU KENA TERAJANG DENGAN BUDAK PEREMPUAN

Bapa Terajang Anak

Bapa Terajang Anak

Bapa Terajang Anak



Kurang hajar betul !!

Sunday 14 July 2013

Isteri 13 Tahun Parah pada Alat Sulit

Anak Gadis Berusia 13 Tahun Meninggal Disebabkan Kecederaan Yang Parah Pada Alat Sulit

gambar hiasan

Memang Sedih!!!! tapi itulah yang berlaku apabila nafsu menguasai diri.kejadian ini sebagai pengajaran kepada kita sekalian.Menurut info kejadian yang berlaku di Negara Yaman ini melibatkan seorang anak gadis yang berusia 13 tahun meninggal dunia selepas 4 hari perkahwinan beliau.


Mangsa meniggal dunia disebabkan kecederaan yang parah pada kemaluan Amalan gadis berkahwin pada usia muda berleluasa di Yaman dan mendapat perhatian kumpulan hak asasi antarabangsa yang cuba mendesak kerajaan melarang perkahwinan kanak-kanak.Peraturan yang mengharamkan mereka berusia di bawah 17 tahun berkahwin dilihat serius selepas mendapat bantahan kuat beberapa pemimpin Islam berpengaruh di Yaman.

Budak berusia 13 tahun dari wilayah Hajja di barat laut ibu negara itu mati pada 2 April lalu, kira-kira empat hari selepas beliau dikahwinkan oleh keluarganya dengan seorang lelaki berusia 23 tahun, kata Majed al-Madhaji, jurucakap pergerakan ‘Sisters Arab Forum for Human Rights’.

Satu laporan perubatan dari Hospital al-Thawra berkata kemaluan budak berkenaan koyak selain mengalami pendarahan teruk. Pihak berkuasa sudah menahan suami mangsa.

Kumpulan hak asasi tempatan berkata, budak perempuan terbabit berkahwin dalam satu perjanjian membabitkan dua lelaki untuk saling mengahwinkan adik mereka bagi mengelak bayaran mas kahwin berlebihan. Mereka berkata, ia perkara biasa di negara miskin itu.
Masalah kemiskinan di Yaman menghalang usaha untuk menghapuskan amalan itu kerana kebanyakan keluarga miskin mendapati sukar untuk menolak mas kahwin beratus dolar bagi anak perempuan mereka.

Lebih suku wanita Yaman berkahwin sebelum usia 15 tahun, menurut laporan Kementerian Hal Ehwal Sosial, tahun lalu.

Adat resam turut memainkan peranan termasuk kepercayaan bahawa pengantin perempuan muda boleh dibentuk untuk menjadi seorang isteri yang patuh kepada suami, mempunyai ramai anak dan menghalang zina. – AP
- See more at: http://gempaqgiler.blogspot.com/2013/07/anak-gadis-berusia-13-tahun-meninggal.html#_

Best TV Ghost Prank EVER !

Budak Kecik Diajar Mencuri Ipad