Sunday 30 June 2013

Playboy bermasalah katanya...

TAHUN ini nampaknya bukanlah tahun cemerlang buat pelakon Shahrizal Jaszle atau Shah Jaszle yang dihurung dengan kontroversi panas kes khalwat dengan Farah Nurizzati Salleh ketika masih menjadi tunangan Redzwani Puteri.

Sebelum Farah, Shah pernah dikaitkan dengan bermacam kisah panas dengan beberapa aktres antaranya pelakon cantik Maria Farida dan Miera Leyana.

Semua ini cukup mengukuhkan persepsi masyarakat terhadap Shah yang layak digelar artis playboy!

Tidak cukup dengan isu khalwat, timbul pula isu putus tunang dengan Puteri dan kejadian menyerang Farah di tempat kerjanya sehingga dikatakan menjadi punca wanita itu diberhentikan kerja.

Dalam kalut mengharung kontroversi, tiba-tiba timbul pula cerita Shah berhutang dengan pengacara program MeleTop, Neelofa berjumlah RM5,000.

Dengan kontroversi yang melanda, ramai yang beranggapan Shah tak boleh lari daripada masalah kerjayanya yang dikatakan turut terjejas.

Mencari apa alasan dan jawapan daripada Shah berhubung isu, Pancaindera mendapatkan empunya diri untuk menjelaskan keadaan sebenar.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20130630/hi_04/Kontroversi-Shah-Jaszle-terjejas#ixzz2XiZY4uGC
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Pelik Tapi Benar- Shin Chan Malaysia...

Perompak Kantoi Terkejut Berok

Tukar Baju Cara Pantas

Monday 17 June 2013

Pelajar "BUAT KERJA" dalam kelas di Terengganu



Hai..apa la nak jadi budak2 zaman sekarang. Menangis mak bapak tgok anak buat camni...ingatkan belajar...yang tukang ambil gambar pun tak de otak...

bapak siapa la ni

Hmm...kerete rugged...mesti pinjam kereta anak die...konfirm si anak menangis gile...



Sunday 16 June 2013

kantoi

Jom tengok artis2 yang kantoi masa bulan puasa



Alif Aziz asyik bercium

Sumber : beautifulnara

alif aziz bercium
Kepada Alif Aziz, selamat bersedia untuk menjawap soalan siapakah gadis di dalam gambar berciumanda. Oh ya lupa nak ucapkan tahniah kerana berjaya mengfemeskan diri anda dengan sekelip mata melalui pengkantoian gambar ini. Tahniah!!!
Lagi gambar Aliff Aziz bercium dengan seorang gadis(nasub baik sorang, kalau 2 3 orang?) dengan membaca artikel ini sepenuhnya.
alif aziz bercium
alif aziz bercium

Wednesday 12 June 2013

Memang kaya la Dato' AC

Sumber : Murai.com

Dato` AC Mizal Labur Juta-Juta Beli Ruang Iklan Di AirAsiaKUALA LUMPUR, 12 JUN 2013: Penyanyi dan pengacara, Dato' AC Mizal akui telah melaburkan jutaan ringgit Malaysia untuk membeli ruang iklan di syarikat penerbangan terkenal, AirAsia bagi mengiklankan nama laman sosial miliknya iaitu Mface.Foto oleh Mazlan Yunos Photography

AC Mizal berkata, pihaknya telah membeli ruang iklan Mface di syarikat penerbangan AirAsia itu selama setahun dengan memuatkan logo besar milik laman sosial tersebut.

"Sebenarnya, saya tidak boleh mendedahkan berapa nilai pembelian saya tetapi saya boleh katakan ianya sudah tentu mencecah jutaan ringgit. Namun, saya bukanlah membeli satu kapal terbang milik AirAsia untuk kegunaan saya tetapi saya menggunakan sebuah kapal terbang milik mereka untuk diletakan logo Mface selama setahun di luar permukaan kapal serta iklan di dalam majalah 3Sixty keluaran AirAsia.

"Dalam masa setahun itu, kapal terbang ini akan membuat penerbangan di sekitar Asean. Alhamdulilah, kini cita-cita saya hendak melihat Mface terbang tinggi ke udara telah tercapai," katanya kepada murai.com.my
Semalam telah berlangsungnya majlis pelancaran mengumumkan kerjasama yang terjalin di antara syarikat laman sosial milik Dato` AC Mizal, Mface bersama syarikat penerbangan terkenal, AirAsia.

Menurut AC Mizal lagi, pelaburan yang dilakuan ini diharap dapat membuktikan kepada orang luar terutama rakyat Malaysia bertapa seriusnya dalam bidang perniagaan terutama perniagaan laman sosial tersebut.
"Saya tahu, ianya satu pelaburan yang besar tetapi sekurang-kurangnya saya dapat membuktikan kepada orang di luar sana bahawa perniagaan yang saya jalankan selama ini bukanlah yang sia-sia tetapi menjana keuntungan.

"Lagipun saya rasa rakyat Malaysia patut berbangga dan menyokong dengan produk Malaysia yang saya usahakan selama ini," jelasnya lagi.

Selain di Malaysia, Mface telah pun memperluaskan lagi susur jalur jaringannya ke peringkat antarabangsa seperti ke Indonesia, China dan Filipina.

Tuesday 11 June 2013

Sensasi Sana Sini: Kenapa dengan Twitter Farid Kamil?

Sensasi Sana Sini: Kenapa dengan Twitter Farid Kamil?: Sumber : Ceritakosongku Farid Kamil luah kekecewaan dengan karenah ibu mertua di Twitter  - Belum pun reda dengan isu gambar seo...

Kenapa dengan Twitter Farid Kamil?


Sumber : Ceritakosongku



Farid Kamil luah kekecewaan dengan karenah ibu mertua di Twitter - Belum pun reda dengan isu gambar seorang bayi yang dikatakan anak Farid Kamil di akaun Facebooknya dua hari lepas, kini timbul pula isu baru yang membabitkan luahan rasa terkilan Farid Kamil dengan perangai ibu mertuanya di Twitter. Menurut beberapa kenyataan yang ditulis oleh Farid Kamil di akaun Twitternya sekitar petang tadi, beliau dilihat agak kecewa dengan karenah ibu mertuanya yang dianggap berbeza dari kebanyakkan ibu mertua lain.

Apakah perangai dan karenah ibu mertua Farid Kamil yang tidak disenanginya sehingga beliau terpaksa bersabar sejak 4 tahun lalu? Jom baca luahan perasaan kecewa Farid Kamil dengan karenah ibu mertua di akaun Twitternya di bawah. Kata pelakon dan pengarah terkenal ini "ibu mertuanya lain sangat-sangat dari mertua yang lain". Bagi korang, apa maksud tersirat kenyataan ini?


Ini sebabnya surat anda hilang

Patutlah surat aku tak sampai2..rupanya mamat pos ni mesti dah cicirkan surat2 aku...




Telinga Tinggal Separuh

Seremban: Seorang gadis mendakwa terpaksa menanggung malu akibat tindakan seorang doktor pakar di sebuah hospital swasta, di sini, memotong sebahagian cuping bawah telinganya selepas gagal merawat benjolan keloid yang terbentuk di bahagian itu.
Gadis terbabit, Phooi Sin Yee, 18, mendakwa berasa malu untuk berdepan orang ramai kerana insiden itu apatah lagi dia kini menjadi pelatih di sebuah pusat kecantikan.
“Memang saya rasa malu dan saya berharap kecacatan pada cuping telinga ini dapat dipulihkan semula seperti sedia kala,” katanya.

Sementara itu, bapanya, Phooi Can Wah, 49, berkata, masalah bermula pada 2011 apabila telinga kiri Sin Yee dipercayai mengalami alahan dan membengkak selepas dipercayai memakai anting-anting tidak sesuai.
Foto
SIN Yee menunjukkan gambar sebahagian telinganya yang dipotong.

Katanya, dia dan isteri membawa anaknya ke hospital swasta lain dan pulih selepas menjalani pembedahan kecil, namun selepas dua tahun muncul keloid yang semakin membengkak kesan parut pembedahan itu.

Adira masuk hospital sebab terlalu putih

Kredit to : Murai.com

KUALA LUMPUR, 10 JUN 2013: Senyap seketika cerita mengenai penyanyi Adira Suhaimi atau Adira yang sebelum ini mendapat perhatian apabila ramai yang memperkatakan tentang tona kulitnya yang terlalu putih hingga ada yang menyamainya dengan Micheal Jackson.
Ini berita yang Murai terima daripada teman Murai Batu yang mendakwa Adira telah dimasukkan ke hospital pada malam Jumaat lepas. Betulkah apa yang teman Murai Batu sampaikan ni? Ada juga Murai Batu belek-belek di ruangan berita lain atau surat khabar seperti tiada pula.
Kata sumber itu lagi, Adira telah dimasukkan ke pusat perubatan Damansara Specialist Centre, Damansara Utama setelah dia dikatakan lemah dan terjatuh pada malam Jumaat yang lepas. Malah, ada yang terserempak dengan Naib juara Akademi Fantasia Musim 8 ini dan melihat dia seperti dalam keadaan kurang sihat.

Tapi, dua hari lepas penyanyi berasal daripada Sabah ini ada memuatnaik dua video di Keek miliknya dan dia berada diatas kerusi roda dan ditolak oleh seorang teman dan memang kelihatan lemah. Ditangannya juga ada jarum yang biasa kita lihat di tangan pesakit yang dirawat di hospital.
Antara ungkapan yang keluar dari mulutnya "Kita tak larat macam nak demam. Kita duduk sini untuk makan ais krim". Tetapi sekali lagi melihat video Keeknya itu, temannya seakan bergurau dengan penyanyi itu. Hmmmm.

Murai Batu akan cuba sahihkan apakah yang berlaku kepada gadis yang berkulit putih melepak ini, sama ada dia sakit atau mungkin ada penceritaan lain disebalik video itu.
Adakah disebabkan kulitnya yang terlalu putih tersebut menjadikan dia lemah atau tidak boleh terkena cahaya panas seperti Micheal Jackson juga? Kalau disebabkan kulitnya yang terlalu putih itu memudaratkan diri Adira, Murai Batu rasa Adira harus mendapatkan rawatan lanjut.
Manalah tahu di kemudian hari sakit lain pula yang datang. Minta dijauhkanlah hendaknya. Jika benar Adira berada dalam keadaan tidak sihat, Murai Batu mewakili semua pembaca mendoakan Adira cepat sembuh.
MURAI BATU: Kalau betul sebab putih boleh sakit, Murai Batu rela jadi hitam. Tetapi biar kulit sahaja hitam. Hati suci bersih seputih dan sebersih kulit Adira. Ooops!


Monday 10 June 2013

Dato AC MIzal beli Pesawat Komersial?

KL, 10 JUN 2013: Terkejut beruk juga apabila Murai Batu dikhabarkan bahawa pengacara, pelakon dan penyanyi popular, Dato’ AC Mizal khabarnya bakal memiliki pesawat komersialnya sendiri tidak lama lagi.
Walau bagaimanapun tiada yang mustahil dalam hidup ini. Kerana daripada pemerhatian Murai Batu terhadap Dato’ AC Mizal, dia sememangnya seorang individu yang berwawasan tinggi dan berpandangan ke depan.
Bayangkan daripada hanya dikenali sebagai salah seorang anggota kumpulan rap terkenal sekitar 90-an, kini pelbagai pencapaian demi pencapaian telah dikecapi oleh Dato’ AC Mizal seperti tauke gelang dan juga pengerusi sebuah syarikat laman sosial.

Kita sememangnya perlu bangga dengan semangat yang ada pada personaliti TV bumiputra itu, jadi tak hairanlah impian untuk Dato’ AC Mizal untuk memiliki sebuah pesawat komersial.
Tetapi persoalan yang Murai Batu ingin ketengahkan sekarang, mengapa pesawat komersial? Mungkin kalau Dato AC Mizal untuk memiliki pesawat peribadinya sendiri itu tidak mustahil. Tapi pesawat komersial? Ermm….
Mungkin juga Dato’ AC Mizal ada alasannya sendiri mengapa pesawat komersial menjadi pilihan. Jadi selepas ini semakin ramai peminat yang akan menaiki penerbangan komersial milik Dato’ AC Mizal ke destinasi pilihan.
Tak sabar juga Murai Batu ingin mengetahui destinasi yang akan dijelajahi serta perkhidmatan yang ditawarkan pesawat komersial Dato’ AC Mizal.
Bagaimanapun, sejauh mana sahihnya khabar angin ini, itu Murai Batu dan pasukan portal murai.com.my akan siasat. Pastinya pembaca setia murai.com.my akan menjadi orang pertama untuk mengetahui hal ini.

Kredit : Murai.com

Berhati-hatilah kaum wanita

Klang: Bermula dengan urusan menjual kad tambah nilai telefon prabayar, seorang pekerja kedai serbaneka akhirnya menjadi perempuan simpanan kepada lelaki pertengahan usia selepas mendakwa dijampi dan diberi minum ubat seri wajah.
Mangsa yang mahu dikenali sebagai Nurul, 28, berkata, lebih setahun lamanya dia hanya mengikut segala arahan lelaki berumur 50-an itu termasuk menyerahkan tubuh dan semua wang gajinya.
Menurutnya, lelaki berperwatakan alim yang digelar Abang Aji itu dikenalinya pada Disember 2011 selepas suspek kerap datang ke kedai tempat dia bekerja di bandar ini untuk membeli kad tambah nilai telefon prabayar.

“Satu hari ketika berurusan dengan Abang Aji saya berasa seperti dipukau selepas dia membaca jampi atau mantera di depan saya. Selepas itu, fikiran saya seperti dikawalnya dan saya terus menuruti segala arahannya.
Foto
NURUL dakwa dijampi lelaki pertengahan usia.

“Apabila mahu meniduri saya, dia yang sudah berkahwin dan mempunyai anak mengarahkan datang bermalam di rumahnya. Saya hanya mengikut saja dan langsung tidak berdaya membantah,” katanya ketika ditemui Harian Metro.

Awek marah sampai ^%^%&^$%$&* tertanggal

haha..yang ni lawak betul...kalau nak marah kena la pastikan anda pakai Polident !!




Awek Rempit Sejati



Pergh...ni awek rempit sejati namanya...



ganaz betul....



Dengan siapa rusdi ramli berpelukan di atas katil

Jarang juga filem tempatan menampilkan aksi di ranjang. Dan biasanya aksi ranjang dalam filem pastinya disusuli kontroversi.
Ini pernah berlaku pada filem Ombak Rindu misalnya, dan filem-filem sebelumnya yang sepertinya. Kontroversi terbaru yang melibatkan aksi ranjang dalam filem ialah melalui filem Mencari Cinta . Dalam treler filem ini, jelas ditampilkan satu senario di mana pelakon lelakinya, Rusdi Ramli memeluk Nora Danish di atas ranjang dengan mesra.
Tidak pasti apa sebenarnya signifikan aksi seperti ini dalam filem Melayu. Mungkin ini satu cara menarik perhatian penonton kepada filem lantas mereka akan menontonnya? Apa pun, Rusdi Ramli awal-awal lagi menyatakan kepada Harian Metro yang dia hanya mengikut tuntutan pengarah untuk menjayakan filem tersebut.
Tidak dinafikan melalui sedikit prebiu melalui treler, lakonan Rusdi dan hot mama Nora nampak realistik, seperti suami isteri yang sebenar lagaknya. Dan memang juga tugas para pelakon untuk membawa dan menghidupkan watak mereka sebaik mungkin.



Koleksi Gwiyomi yang Cute. Yang last paling cute

jom kita layan artis-artis malaysia ber gwiyomi.. korang rasa mane yang buat gwiyomi yang paling cute !!!!

GWIYOMI ELLY MAZLEIN



Gwiyomi Wawa Zainal



Gwiyomi Nora Danish



Gwiyomi Dik Ton..cantik tak dik ton??


admin : nurul

Sunday 9 June 2013

LAHAD DATU : MISTIK DAN ANEH

Bunyi aneh, jeritan, raungan kesakitan, terserempak kelibat manusia, antara perkara yang dilalui penduduk kampung berhampiran dan anggota keselamatan yang berkawal

SEJAK awal menjejak kaki di Felda Sahabat, Lahad Datu, pelbagai kisah misteri yang berlaku selepas Op Daulat disuakan ke telinga kami.

Kisah Kampung Tanduo yang menjadi lokasi dan tempat berkumpulnya lebih 100 pengganas tidak lama dahulu, bukan setakat yang dilihat dengan mata kasar.

Kewujudan kampung itu sejak 50 tahun lalu, sebelum ini dikatakan sebagai perkampungan haram, sebenarnya menyimpan 1001 misteri yang masih belum terungkai.

Beberapa penduduk berhampiran, terutama dari Felda Sahabat 17 yang ditemui mendakwa pernah terserempak dengan kelibat aneh ketika sedang memandu kereta untuk keluar ke Pekan Lahad Datu.

Menurut Ali Hadi, 30, dia pernah 'bertemu' dengan 'lembaga' seperti manusia yang melintas di laluan utama kawasan Felda itu.

"Masa tu hujan renyai. Saya sedang memandu dan hampir melanggarnya. Tapi lembaga itu sempat mengelak. Bila saya menoleh ke sebelah kanan, lembaga itu menghilang.

"Saya beranikan diri turun dari kereta. Memeriksa kawasan sekitar takuk jika benar-benar terlanggar orang. Bila saya periksa di tepi belukar, memang tiada siapa yang saya langgar. Tiba-tiba muncul perasaan seram. Saya masuk ke dalam kenderaan dan terus memecut laju."

Menurut Ali, hingga hari ini dia masih belum menemui jawapan siapa atau apakah yang dilanggarnya ketika itu.

Seorang lagi penduduk Felda Sahabat 17, yang hanya mahu dikenali sebagai Mat, 47, juga menceritakan perasaan aneh yang sering dirasainya terutama bila senja bermula.

"Ada satu hari saya dengar bunyi seperti seorang lelaki sedang menjerit dekat kebun kelapa sawit berhampiran rumah saya.

“Mendayu-dayu. Nak kata bunyi anjing bukan, sebab bila saya jenguk di tingkap suara itu masih jelas didengari. Isteri saya pun mendengarnya. Kami buat keputusan cuba hubungi polis, tapi kemudian bunyi itu lenyap begitu sahaja."

Perkara itu turut diperkukuhkan lagi apabila ada anggota pasukan keselamatan yang turut mengalami perkara aneh ketika melakukan rondaan pada waktu malam.

“Kami beberapa kali terdengar bunyi suara orang minta tolong. Suara itu seperti dalam kesakitan.

"Bila diperiksa, tiada sesiapa. Perkara ini sering dialami oleh anggota keselamatan terutama pada waktu malam dan tengah hari,” katanya.
Malah ada juga yang mendakwa pernah terdengar seolah-olah bunyi tembakan.

Menurutnya pernah pada suatu ketika mereka terdengar seperti bunyi lolongan tetapi bila diperiksa di lokasi berkenaan yang betul-betul berhampiran Kampung Tanduo, tidak ada sesiapa di situ.

Peluang menjejak kaki ke Kampung Tanduo, kisah misteri yang disampai seperti sukar untuk dinafikan. Ditambah apabila gambar satu objek pelik yang dirakamkan oleh penduduk Felda Sahabat ditunjukkan kepada kami.

Melalui jalan-jalan sunyi dan menjengah beberapa tempat di sekitar Kampung Tanduo, ada sejenis aura yang dirasai.

Tidak pasti sama ada yang hadir itu 'angin' negatif atau sebaliknya, namun paling nyata ia menyuntik rasa berjaga-jaga sepanjang berada di sini.

Bertandang seketika di surau Kampung Tanduo, ada semilir hangat yang menampar kulit. Riak degup dada berubah rentak. Juga terasa seakan ada mata yang memerhati dan mengawasi kehadiran kami.

Tidak tahu kenapa. Namun rasa aneh itu terjawab apabila diberitahu surau itu sebelum ini menjadi lokasi pendaratan pengganas.

Di tanjung Sungai Tanduo, perasaan sama muncul kembali.

Ketika merakam beberapa keping foto perahu panjang dan perahu laju di tanjung sungai itu, perasaan sama muncul kembali.



bot pancung pengganas yang dimusnahkan 






Seakan ada suara yang menyeru supaya terus mara. Menghampiri, mendekati perahu perahu yang ditinggalkan itu. Namun 'sergahan' anggota keselamatan yang mengiringi, menasihatkan kami berpatah balik, mematikan langkah untuk terus ke hadapan.


Rupa-rupanya kawasan itu adalah tempat pengganas menyimpan bot dan perahu.


Memang...sepanjang berada di tebing sebarang tanjung sungai, kami merasakan ada mata yang dari arah semak, memerhati setiap gerak langkah kami.


Juga terasa seperti ada 'suara' yang memanggil-manggil agar melintas ke seberang menuju ke semak berkenaan.


Sebetulnya, kami tidak mahu berfikiran negatif atau diselubungi pengaruh mistik sepanjang bertugas di sini. Dan kerana itu, kebanyakan perkara yang dirasa, kami pujuk hati untuk menidakkannya.


Hari merangkak petang. Namun kami tidak mampu menipu perasaan sendiri.
Aura aneh kembali hadir 'mengacau' jiwa.


Semakin lama semakin kuat. Dan secara diam...hadir perasaan ingin menunggu di lokasi kejadian. Tapi kehendak hati terhalang kerana anggota keselamatan yang mengiring sudah memberi isyarat untuk keluar dari kawasan itu.


Kami bergerak ke arah kawasan rumah yang dikatakan menjadi tempat simpanan senjata kumpulan pengganas.


Kami lalui kawasan perkuburan pengganas yang ditemui pasukan keselamatan, juga menjadi lokasi rakan kami merakam foto objek pelik menggunakan kamera telefon bimbitnya.

Kami tidak pasti apa objek berkenaan dan tidak pula mengatakan terdapat gangguan misteri di situ.


Dalam masa yang sama kami tidak mahu menafikan keanehan objek itu, serta mengakui memang ada sedikit rasa yang agak berbahang di kawasan berkenaan.


Boleh dikatakan rasa yang sama wujud di setiap lokasi dijejaki yang melibatkan pengganas. Dan mungkin juga 'bahang' yang dirasa merupakan kesan-kesan haba akibat pengeboman dilakukan semasa Op Daulat dahulu.


Seterusnya kami menjejak ke kawasan rumah yang didakwa tempat simpanan senjata serta tempat berlindung sementara kumpulan pengganas.


Dari situ, langkah kami mencecah ke kawasan kolam udang yang dikatakan sebahagian taktik pengganas menyusup masuk ke Kampung Tanduo.


Entah benar atau sekadar mainan perasaan di remang senja, di situ terasa juga ada mata memerhati pergerakan kami.


Berbeza dari kawasan sebelum ini, rasa ini lebih mengarah ke dalam kawasan kolam dan ketika ini, terasa degup jantung lebih kencang berbanding biasa.


Kami akhiri kisah ini seketika, kerana ingin segera keluar menyiapkan tugasan.


Dalam perjalanan pulang, ketika melewati semak, telinga menangkap bunyi derapan orang berlari,


Namun tiada kelihatan apa-apa di sekeliling.
Mata terus liar memerhati untuk memastikan perjalanan kami selamat dan tiada yang menghidu pergerakan.


Alhamdulillah...kami dilindungiNya untuk sampai ke Felda Sahabat dengan selamat.

Terkenang kembali perjalanan semasa perjalanan... secara tidak sengaja kami ada mendengar perbualan antara anggota pasukan keselamatan yang mengatakan mereka pernah melihat terlihat kelibat manusia sewaktu berkawal.

Apabila dijejaki, tiada manusia yang ditemui.
Tetapi mereka terjumpa kesan tapak kaki di persisir sungai.

Sama ada ia manusia atau bukan tiada dapat dipastikan!

Apapun, telah diakui oleh orang ramai termasuk penduduk dan pasukan keselamatan bahawa, kebiasaannya kawasan peperangan pasti akan menyimpan selingkar kisah-kisah misteri.

 - SINAR HARIAN

Saturday 8 June 2013

KREATIF : GARSU




Kreatif Tak?...haha...ni sudu + garfu baru = GARSU..

Alat ini amat sesuai kepada penggemar makanan yang berunsurkan mee dan berkuah.. contoh yang paling senangnya ialah maggie la.. kalau alat ni dijual di malaysia.. pasti student yang ramai beli kn.. mana tak nya hanya perlu guna sebelah tangan... so senang la dorg makan maggie sambil baca komik..


admin : nurul

Artis sakit otak

hadoi yai...sengal je la artis sekarang ni..muka cantik2 tapi ada masalah otak...

jom tengok..masalah ke tak de masalah



lagi


lagi.,..


lagi


korang la nilaikan...



kerusi yang seksi



setiap rumah korang mesti ada kerusi kan. ok cube bayangkan kalau kerusi rumah korg macam ni.. confirm selera makan korang lagi naik kan.. lagi-lagi kalau yang makan tu lelaki..

admin : nurul

Anak memaki ibu sendiri







Sepasang suami isteri bertindak memarahi dan memaki hamun ibunya hanya kerana ibunya berasa takut akibat kereta yang dinaiki mereka perlu menyusuri bukit untuk ke bengkel berkenaan.

Ibunya yang nekad keluar dari kereta itu dimarahi depan khalayak ramai sehinggakan wanita tua itu menggigil dan menangis ketakutan dan tidak dihiraukan anak mereka. Malah, pasangan suami isteri itu mencerca dan meninggalkan wanita tua itu bersendirian setelah kejadian itu dileraikan anggota polis yang bertugas berdekatan dengan tempat kejadian. 

Akhirnya, wanita tua berkenaan dibawa ke balai polis berdekatan oleh seorang peniaga yang berjaja di kawasan itu.

Ya Allah apalah salah dan dosa di ibu sampai sanggup diperlakukan sebegini!!!
Orang ramai yang menyaksikan drama anak derhaka berkenaan, terkesima dengan tindakan pasangan suami isteri itu sehingga ada yang merakam kejadian terbabit dan melahirkan rasa tidak puas hati dan marah dengan tindakan pasangan suami isteri itu di laman sosial, Facebook. 

Ia bertajuk Kami benci pompuan gemuk dan suami dia yang maki mak dia di pusat komersial

Hanya kerana ibunya takut, terus habis dimakinya. Sepatutnya jika ibu itu takut, maka kitalah yang sepatutnya menemaninya dalam kereta. Pasti ibu akan tenang kembali.
Ingat, kita cuma ada seorang sahaja ibu di dunia ini. Jangan sampai apabila ibu sudah tiada, barulah kita hendak menangis. Si anak dan menantu ini memang berlagak belum pakai BMW atau Mercedes MayBach dah hidung tinggi mendongak langit.

Dia lupa ke yang kalau tiada ibu dia, jangan kata kancil matahari pun dia tidak dapat lihat? Perasan nak mampus. Yang bini dia si gemuk tu pun lagilah aku geram
Hati aku ini sangat sayu dan sungguh sebak. bila melihat badan dan tangan ibu tua ini menggigil ketakutan kerana di marahi oleh anak sendiri di hadapan khalayak ramai (cuba lihat betul-betul semasa si ibu tua ini menggigil).

Ya Tuhan, engkau berkatilah ibu dan ayah aku. Jauhkanlah aku dari sifat derhaka seperti ini.
Dan kita pula, tidak payahlah hendak memaki hamun anak derhaka ini. Kalau kita makin hamun, kita sama seperti mereka berdua. Yang penting, kita jaga ibu masing-masing itu lebih baik

Friday 7 June 2013

Arab kecek klate


Hebat pak arab boleh kecek klate...



Salute la



Moral : Belajar la pelbagai bahasa, baru boleh faham apa orang cakap