Saturday 31 August 2013
Inilah Kucing Paling Popular Di Dunia Maya
Dengan 167000 follower di Instagram, 169000 Likes di Facebook dan 15000 follower di twitterdan berjuta-juta penonton di Youtube, tidak syak lagi, Lil Bub adalah kucing paling popular di dunia online. Lil Bub juga akan mempunyai buku sendiri yang akan terbit September ini. Kucing ini dijumpai di longgokkan sampah di sebuah gudang di luar bandar Indiana, Ia dibawa untuk diselamatkan dengan beberapa banyak kelainan genetik.
Lilbub adalah kucing kerdil, yang bermaksud dia akan berukuran seperti anak kucing kerana tidak boleh tumbuh lebih besar lagi. Kucing yang suka menjulurkan lidahnya ini juga mempunyai kes yang ekstrim 'dwarfisme', yang bermaksud tubuhnya tidak seimbang relatif kecil ke seluruh tubuhnya dan dia mempunyai beberapa kesukaran bergerak. Dia bertubuh sangat pendek, kaki pendek . Rahang bawahnya secara signifikan lebih pendek daripada rahang atas, dan giginya tidak pernah tumbuh, itulah mengapa lidahnya selalu menjulur. Selain itu, BUB adalah kucing polydactyl, Ia mempunyai jari-jari kaki tambahan, dan dalam kesnya, satu jari kaki tambahan tiap kakinya. Bub juga mempunyai mata hijau yang besar. Berikut ini adalah foto-foto Lil Bub, kucing yang selalu menjulurkan lidah.
Thursday 29 August 2013
Dawai Kawat Keluar Dari Perut Noorsyaidah
Memang Pelik!!!! adakah wanita tersebut telah disihir atau disantau? itulah dalam pemikiran kita sebagai manusia biasa ilmu kita terbatas apapun baca info penuh dibawah
Misteri dawai kira-kira 10-20 cm panjang tumbuh dari badan wanita! Ramai yang agak meraguinya pada mulanya,mungkin dia yang melakukannya sendiri "diri sendiri". Doktor bagaimanapun, mempunyai teori lain tetapi tidak dapat apa-apa penjelasan saintifik atau perubatan.
Wanita ini telah 17 tahun menderita dan kini sedang disiasat oleh Kementerian Kesihatan. Perundingan awal dengan doktor dan pakar-pakar mendapati bahawa dawai juga terdapat di dalam badannya. Pada peringkat ini, tidak ada penjelasan perubatan semasa atau mana-mana kes yang pernah wujud. Oleh itu, tidak lain hanyalah sihir hanya satu pertimbangan lain yang mungkin ...
NOORSYAIDAH. Seorang guru tadika berusia 40 tahun dari Sangatta, Timur Kutai,indonesia. Gejala pertama bermula pada tahun 1991. dawai logam muncul daripada dada dan perut beliau. Tiada penjelasan yang kemudian . Pada minggu pertama tumbuh dan kemudian dawai tersebut jatuh dari badan beliau dan telah hilang sepenuhnya. Sebulan kemudian, dawai tersebut kembali keluar dari badannya dan semakin banyak!
Salah satu daripada adik-adiknya berkata bahawa dia cuba untuk membantu dengan memotong dawai tersebut. Malangnya, apabila dia cuba untuk memotong dawai itu, dawai itu masuk kedalam seolah-olah ia telah bersembunyi dan kemudian muncul di bahagian lain tubuh Noorsyaidah.
Terdapat 4 Pakar Perubatan mengambil serius perkara ini dan telah merawat beliau dalam beberapa cara. Dan hasilnya, doktor tidak dapat memikirkan apa sebenarnya yang berlaku kepada beliau. Para doktor telah mengambil imej X-Ray dari perut beliau dan mendapati bahawa terdapat lebih daripada 40 dawai logam didalam bada dia dan sebahagian daripada dawai itu menusuk keluar dari kulitnya. Ianya kelihatan seperti satu fenomena hidup.
Dawai itu mampu beralih dan dengan itu boleh menukar lokasi sesuka hati, Oleh itu, doktor terpaksa menggunakan magnet untuk mengimbas kedudukan sebenar dawai. Wayar tanpa apa-apa gejala Tetanus, tetapi dia berkata bahawa dawai tersebut mencederakan beliau terasa seperti apabila jarum menusuk.
Lihat video dibawah

Read more: http://gempaqgiler.blogspot.com/2013/08/dawai-kawat-keluar-dari-perut.html#ixzz2dQ30pfpK
Wednesday 28 August 2013
PANAS : SENARAI KUMPULAN KONGSI GELAP MALAYSIA 2013
[TMI] Kementerian Dalam Negeri hari ini mengisytiharkan 49 pertubuhan tidak sah di bawah Akta Pertubuhan 1966 dalam tindakan kerajaan memerangi jenayah dan keganasan dalam negara.
Senarai dikeluarkan hari ini atas arahan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (gambar) dan membabitkan pertubuhan terkemuka seperti Geng 04, Geng 08 dan Geng 36, lapor The Star. – 29 Ogos, 2013.
Senarai penuh pertubuhan kongsi gelap haram adalah seperti berikut:
1) Geng 04
2) Geng 08
3) Double 7
4) Tiga Line
5) Geng 30
6) Geng 38
7) Geng 24
8) Geng 18
9) Geng 36
10) Geng 21
11) Ang Soon Thong
12) Wah Kee
13) Sio Sam Ong
14) PNEH
15) Hong Hong San
16) Hai San
17) Sin Ang Bin
18) New Cell 20
19) Jit It Hai
20) Sio Koon Tong
21) Gee Lam Kor
22) Gee Ah Eng
23) Loh Kuan
24) Tiang Yee Tong
25) Geng Leng Hor
26) Geng 35
27) Geng 303
28) Geng Satu Hati
29) ATAP
30) Hung Ann
31) Sui Yup
32) Otai
33) Borneo Red EMP
34) Ah Ngau
35) Batu Tiga
36) Ah Feng
37) Batu 10
38) Sibu Ti
39) Ah Seng
40) Ah Chin
41) Lee Lung
42) Lo Han
43) Sg Merah
44) Sg Badut
45) Ting Ching Lee
46) Tua Cak Lee
47) Teksi Station
48) Pintu Merah
49) Krokop
Berkaitan:
Ahli Politik Ternama Didakwa Naungi Kongsi Gelap
[MK] Sebilangan ahli politik ternama didakwa menaungi beberapa kongsi gelap dan beberapa orang daripadanya turut menjadi penasihat kumpulan terbabit.
Laporan akhbar Sin Chew Daily menyebut, kumpulan berkenaan merupakan antara 10 kongsi gelap, yang akan didedahkan esok oleh Kementerian Dalam negeri.
Ia membabitkan kumpulan gengster Cina, Melayu dan India, menurut laporan akhbar berbahasa Cina itu.
Kumpulan itu meliputi “Geng 04”, “Geng 08”, “Geng 21” dan “Geng 36” dari kumpulan India; “Hong Shun Tang”, “3821”, “Wu Se Qi”, “Hong Men” dan Hua Ji Dang” dari golongan Cina; serta “Geng 3 Calit” dari kelompok Melayu.
Akhbar tersebut yang memetik kenyataan sumber menyebut, kerajaan buat kali pertama akan melancarkan “perang” ke atas kongsi gelap dengan mendedahkan senarai nama kongsi berkenaan kepada umum.
Menurut sumber tersebut, gengster Cina aktif dalam perniagaan haram termasuk menjual DVD cetak rompak, membuka pusat karaoke, pusat perjudian, mengedar dadah dan khidmat pelacuran.
“Gengster India secara perbezaannya lebih agresif kerana mereka memungut wang perlindungan dari pengusaha gerai dan pub selain menjadi penembak.
“Sementara itu, gengster Melayu lebih aktif 'menjaga' tapak pembinaan dengan memungut wang di sana.
“'Geng 3 Calit' Melayu paling aktif dan ketua setiap kawasan dipanggil ayahanda,” katanya. -28/8/13
Tuesday 27 August 2013
Seberang Perai kini diancam dengan ugutan kongsi gelap?
SEJAK beberapa lalu berlaku beberapa insiden yang agak mencemaskan di Daerah Seberang Perai Selatan termasuk kes tembakan rambang dan penemuan bom serta 20 butir peluru .
Enam lelaki cedera apabila dua lelaki bermotosikal melepaskan tembakan rambang di Taman Kasawari, Simpang Ampat 24 Ogos lepas dan penemuan bom serta 20 butir peluru hidup berikutan penahanan enam orang di Machang Bubuk,disini.
Sebelum itu, Polis menembak mati 5 orang ahli kongsi gelap di Nibong Tebal hingga mencetuskan khabar angin bahawa kumpulan tersebut berazam untuk membalas dendam.
Bagaimanapun Polis memberi jaminan bahawa kawasan berkenaan masih berada dalam keadaan selamat.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, polis memberi jaminan bahawa daerah Seberang Perai Selatan (SPS) dan kawasan sekitarnya masih selamat walaupun
Beliau turut menasihatkan orang ramai agar tidak mempercayai sebarang khabar angin yang disebar melalui khidmat SMS mendakwa kononnya akan berlaku kekecohan.
“Pihak polis telah memperhebatkan rondaan dan operasi mencegah jenayah di sekitar daerah itu bagi menjamin keselamatan awam…orang ramai juga tidak perlu bimbang dan panik.
“Ketika ini, polis giat menjalankan siasatan kes tembak serta penyebaran khabar angin itu,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Dewan Sri Pinang, di sini.
Sementara itu, beliau berkata, sejak Ops Cantas dilancarkan pada 17 Ogos lepas, seramai 2,490 orang telah diperiksa dan 36 orang ditahan atas pelbagai kesalahan di negeri ini.
Terdahulu, Abdul Rahim menerima pingat Darjah Yang Mulia Pangkuan Negeri yang membawa gelaran Datuk pada Majlis Penganugerahan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Kehormat negeri sempena Hari Ulang Tahun Ke-75 Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas.
“Saya harap rakyat negeri ini terus memberi kerjasama kepada polis dalam membanteras jenayah,” katanya.

Gadis ditinggalkan dalam semak mengaku menjadi tempat pemuas nafsu kekasih.
Gara-gara takut ditahan polis, seorang pemuda berusia 20-an yang bekerja sebagai seorang mekanik sanggup meninggalkan teman wanitanya di dalam hutan setelah motosikal jenis Modenas Kriss ditunggang mereka terbabas.
Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 3 pagi semalam di Jalan Batu Empat, Sungai Ular ketika Jabatan Pencegahan dan Pembanterasan Jenayah (JPPJ) dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim membuat pemeriksaan rambang di kawasan berkenaan.
Menurutnya, suspek dilihat menunggang dalam keadaan laju bagaimanapun memperlahankan motosikalnya apabila menghampiri polis. Menyedari ramai kalangan penunggang motosikal ditahan, suspek kemudiannya melarikan diri ke kampung berdekatan sebelum diburu polis.
“Suspek cuba melarikan diri dengan menunggang motosikal dalam kawasan ladang getah. Bagaimanapun taktik digunakannya itu memakan dirinya sendiri apabila motosikal ditunggang mereka hilang kawalan dan terbabas.
"Suspek tidak mengalami sebarang kecederaan kemudiannya bangun dan melarikan diri dalam hutan berdekatan tanpa menghiraukan kekasihnya yang terhumban ke dalam semak.
"Walaupun dipanggil beberapa kali oleh kekasihnya, suspek tetap melarikan diri. Teman wanita suspek dan motosikal ditunggang mereka kemudiannya dibawa ke IPD Kulim untuk siasatan lanjut,” katanya.
Menurut kekasih suspek yang berusia 21 tahun dan bekerja di sebuah kedai roti itu, dia mengenali lelaki itu setahun lalu dan sekarang tinggal bersama ibu suspek di Terap.
Katanya, disebabkan dia berhadapan dengan masalah keluarga selain mahu selalu bersama teman lelakinya itu, wanita terbabit mengaku sering melakukan hubungan seks dan hidup bersekedudukan bersama kekasihnya.
Polis kemudiannya menghubungi keluarganya dan meminta datang ke Balai Polis Kulim untuk membawanya pulang ke rumah.
Ibunya ketika ditemui berkata, anak perempuannya memaklumkan kepadanya dan suaminya bahawa dia tinggal bersama seorang rakan perempuan di Kampung Siam dan tidak tahu langsung akan perlakuan buruk dilakukan anaknya itu selama ini.
“Dia tak mahu tinggal dengan keluarga kerana nak bebas. Dia bukan ada pelajaran tinggi, setakat darjah enam sahaja. Kali pertama dia menikah ketika berusia 18 tahun dan kemudiannya bercerai.
"Kami sudah menasihatinya tetapi dia tidak mahu dengar. Kehidupan kami memang tidak mewah kerana bapanya hanya bekerja sebagai penoreh getah. Dulu lelaki itu (suspek) memang berhajat hendak meminang anak kami, bagaimanapun majlis itu dibatalkan kerana dia maklumkan kepada kami dia tak ada duit. Saya tahu dia cuma nak main-main kerana anak kami ni janda,” katanya.
Ghuzlan meminta pemilik motosikal Modenas Kriss yang ditahan untuk datang IPD Kulim.

Isteri celaka ditangkap berasmara di rumah ketika suami bekerja.
Gara-gara membawa balik ‘kekasih gelap’ ke rumah sewaktu suami keluar bekerja, seorang wanita di Bukit Rambai, dekat sini, dicekup polis dan penduduk awal pagi, semalam.
Dalam kejadian 2 pagi itu, wanita kepada dua anak berusia 27 tahun itu dicekup bersama lelaki berusia 28 tahun selepas didapati berkhalwat di rumah wanita berkenaan.(gambar hiasan).
Pasangan terbabit yang dicekup sepasukan polis kemudiannya diserahkan kepada Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) untuk tindakan lanjut.
Ketua Pegawai Penguatkuasa Agama Jaim, Rahimin Bani berkata, berdasarkan siasatan lelaki terbabit datang setengah jam sebelum dia bersama wanita terbabit dicekup.
Katanya, ketika itu wanita terbabit membuka pintu dan selepas anggota polis masuk dan membuat pemeriksaan menemui lelaki berkenaan di sebuah bilik.
“Lelaki terbabit datang selepas suami kepada wanita itu keluar bekerja dan turut mengetahui temannya itu berstatus isteri orang.
“Wanita itu memberi alasan dia mempunyai krisis rumah tangga dengan suaminya dan memberi alasan tidak mengetahui pukul berapa suaminya bekerja serta mengambil kesempatan mengajak lelaki berkenaan datang ke rumah,” katanya, di sini, semalam.
Rahimin berkata, pasangan berkenaan sudah kenal sejak enam tahun lalu dan lelaki itu pula berstatus bujang.
Ketika wanita berkenaan dan pasangannya dicekup, kedua-dua anak wanita itu tiada di rumah.
“Kehadiran lelaki terbabit disedari penduduk sebelum membuat aduan kepada polis untuk menahan mereka kerana disyaki berkhalwat,” katanya.
Katanya, pasangan terbabit ditahan mengikut Seksyen 53, Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991, kerana bersekediaman dengan bukan muhrim.
“Sabit kesalahan boleh didenda sebanyak RM3,000 atau penjara selama 24 bulan atau kedua-duanya sekali,” katanya.

DINODA KETIKA TIDUR
Kejadian seorang wanita yang mendakwa menjadi mangsa rogol di rumahnya di Taman Tenaga di Kajang, Khamis lalu, mencetuskan tanda tanya berikutan berlaku tanpa disedari mangsa yang tidur.
Difahamkan, mangsa yang terjaga kira-kira jam 8 pagi terkejut apabila mendapati dirinya dalam keadaan bogel manakala dada dipenuhi cecair pekat keputihan dipercayai air mani.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab berkata, mangsa yang berusia 20-an dikatakan tinggal bersendirian di rumah berkenaan dan tidak bertemu sesiapa malam sebelum kejadian.
“Mangsa sendiri tidak tahu punca ditinggalkan dalam keadaan begitu kerana pada malam kejadian, dia mendakwa terus pulang ke rumah selepas tamat bekerja,” katanya.
Katanya, mangsa memberitahu ketika terjaga, seluruh badannya sakit dan keletihan selain sakit kepala menyebabkannya terus ke klinik berhampiran mendapatkan rawatan. - SUMBER
Read more: http://rfm2u.blogspot.com/2013/08/gambar-wanita-dinoda-ketika-tidur-dada.html#ixzz2dBHYswl2
Gadis-gadis Ini Terpaksa Lari Berbogel Di Klang..
SHAH ALAM - Sekumpulan gadis tukang urut warga asing sanggup berlari dalam keadaan bogel selepas premis tempat mereka bekerja di Buki Tinggi, Klang, di sini, diserbu sepasukan anggota Penguat kuasa Ibu Pejabat Imigresen Malaysia Putrajaya malam kelmarin.
Ketika serbuan dilakukan kesemua tukang urut terbabit sedang leka melayan urutan badan ke badan (B2B) bersama pelanggan masing-masing di bahagian tingkat bawah premis terbabit. Timbalan Penolong Pengarah 2 Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya, Nik Shahanizam Ahmad berkata, serbuan dilakukan berdasarkan risikan dan maklumat awam.
Menurut Shahanizam, pemeriksaan lanjut mendapati kesemua 14 wanita ditahan masuk ke negara ini menggunakan pas lawatan sosial.
“Mereka cuba mengaburi pihak berkuasa dengan menjadikan tingkat atas sebagai pusat urut kaki, namun di tingkat bawah mereka menjalankan kegiatan tidak bermoral ini,” katanya kepada Sinar Harian.
Nik Shahanizam berkata, 10 pelanggan yang berada di premis terbabit turut diambil keterangan sebelum dibebaskan. Seorang lelaki warga tempatan yang merupakan pemilik premis turut ditahan. Difahamkan modus operandi kegiatan ini ialah pelanggan boleh membuat temu janji terus dengan menghubungi wanita yang diinginkan dengan bayaran RM135 bagi setiap sesi.
Kesemua ditahan dibawa ke depoh tahanan imigresen. Kes disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63 (pindaan 2002) dan Peraturan-peraturan Imigresen 1963. (SH)

Majalah Mangga diharamkan
Menurut Jabatan Mufti Negeri Kedah Darul Aman, melalui Cabutan Keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri yang bertarikh 29 Mei 2012 menjelaskan bahawa:
“Mana-mana penerbitan yang mempamerkan wanita-wanita ataupun lelaki yang mendedahkan aurat hukumnya adalah haram kerana bertentangan dengan kehendak syariat. Oleh itu, dicadangkan supaya Bahagian Kawalan Penerbitan, Kementerian dalam Negeri (KDN) menangani isu ini dengan lebih efektif.”
Monday 26 August 2013
Noorshila Amin Cedera Tubuh Di Sambar Api Tong Gas
Noorshila Amin Cedera Tubuh Di Sambar Api Tong Gas | Hampir seluruh bahagian kiri tubuh penyanyi Noorshila Amin disambar api berpunca daripada tong gas terbocor di kediaman anak sulungnya, Nurrul Admiena Norrizan di Kepong pada Sabtu lalu.
Menurut Noorshila, kejadian yang berlaku kira-kira pukul 2 petang itu membuatkan anggota kiri badannya termasuklah wajah, tangan dan kaki melecur.
"Ketika itu saya sibuk nak masak rendang bersempena dengan majlis rumah terbuka di rumah Admiena dan tidak sedar pula yang tong gas terbocor.
"Tiba-tiba sahaja ketika mahu mencapai barang masakan yang berdekatan dengan tong gas itu, api terus menyambar sehingga membuatkan muka dan badan saya melecur," katanya yang dihubungi mStar Online pada Ahad.
Tambah Noorshila, dia terus ke sebuah klinik di Selayang bagi mendapatkan rawatan dan kejadian itu juga membuatkan dia terpaksa membatalkan undangan persembahan yang diadakan pada sebelah malamnya (hari yang sama).
Ditanya bagaimana keadaannya sekarang, Noorshila masih lagi sukar untuk menggerakkan bibirnya namun mengambil sikap positif dengan melakukan aktiviti harian dan bercakap seperti biasa.
"Kalau nak ikutkan memang rasa sakit sangat terutama pada bahagian bibir dan wajah yang semakin tegang gara-gara melecur. Malah kening saya pun dah tidak ada.
"Apa-apapun saya menunggu wajah ini sembuh dahulu sebelum mendapatkan khidmat nasihat daripada rakan saya yang merupakan seorang pakar kecantikan," ujarnya.
Sementara itu, Noorshila berkata, kejadian yang telah berlaku memberikan pengajaran yang besar buatnya agar sentiasa berhati-hati dengan memeriksa tong gas dahulu sebelum memasak.
"Kita memang perlu berhati-hati dengan setiap perkara yang ingin dilakukan, termasuklah memeriksa tong gas sebelum memasak.
"Selain itu, ia juga sedikit sebanyak menginsafkan diri saya yang dapat merasai derita orang lain yang ada diantaranya, tubuh badan mereka terbakar lebih teruk daripada apa yang berlaku pada diri saya.
"Mujurlah api yang disambar tidak terlalu kuat. Kalau tidak, saya pun tak tahu apa akan jadi," ujarnya.
Dalam pada itu dia juga bersyukur kerana tidak berasa trauma dan hanya menjalankan rutin hariannya seperti biasa
Selain Admiena, 29, Noorshila turut mempunyai tiga orang anak iaitu Nurrul Nadia, 27, Mohd. Daniel Durrany, 20, dan Mohd. Banni Basyishar, 18.

Sunday 25 August 2013
KISAH BENAR - MAYAT TIDAK DI TERIMA BUMI @ GOMBAK
Di bawah ini saya perturunkan kisah beliau untuk renungan bersama. Pengalaman seorang Jurumandi Mayat Daerah Gombak, Selangor. Kisah benar ini diceritakan oleh Ustaz Abu Bakar Abdul Aziz.
Ia berlaku di kawasan daerah Gombak di mana jurumandi memandikan jenazah yang agak kaya orangnya dan berpengaruh. Begini ceritanya :-
Saya telah terlibat dalam pengurusan jenazah lebih daripada 20 tahun. Pelbagai pengalaman telah saya lalui kerana dalam tempoh itu bermacam-macam jenis mayat yang telah saya uruskan. Ada yang meninggal dunia akibat kemalangan, sakit tua, sakit jantung, bunuh diri dan sebagainya.
Bagaimanapun, pengalaman menguruskan satu jenazah di sebuah tempat di sempadan Selangor dan Wilayah Persekutuan beberapa tahun yang lalu, telah mendedahkan saya kepada satu kes yang cukup ‘istimewa’ sepanjang pengalaman saya menguruskan jenazah. Inilah kali pertama saya bertemu dengan satu jenazah yang cukup aneh, menyedihkan, menakutkan dan sekali gus menberikan banyak iktibar.
Peristiwa tersebut berlaku dua hari lagi sebelum pilihanraya di Serkam, Melaka. Nama tempat dan nama orang yang meninggal itu tidaklah dapat saya nyatakan di sini. Ia terjadi secara kebetulan ketika saya diminta oleh anak Allahyarham menguruskan jenazah bapanya.
Pada hari itu, saya pergi ke rumah seorang sahabat untuk mengubatkan mata ibunya bagi kali yang terakhir. Niat saya ialah supaya mata ibu tadi sembuh dan boleh membaca Al-Quran. Tetapi apabila saya hendak pulang, anak Allahyarham datang menemui sahabat saya tadi dan bertanya sama ada saya mengurus jenazah atau tidak.
Kawan saya kata, “Cubalah tanya dia sendiri.” Kawan saya ada memberitahu saya dua bulan yang lepas bahawa saya sahaja yang mengadakan kursus dalam hal menguruskan jenazah. Anak Allahyarham menemui saya. Saya beritahu dia bahawa jenazah tidak elok dibiarkan lama-lama.
Saya terus pergi ke rumahnya. Tapi bila saya hampir sampai ke rumah Allahyarham, saya bau jenazah itu sangat busuk. Baunya cukup pelik dan busuk. Saya telah menguruskan banyak jenazah tetapi tidak pernah saya bertemu dengan mayat yang sebusuk ini.Bila saya tengok wajah Allahyarham, sekali lagi hati saya tersentuh. Saya tengok wajahnya seperti sedang dirundung oleh bermacam-macam perasaaan…takut, cemas, kesal dan bermacam-macam lagi. Wajahnya seperti tidak mendapat nur daripada Allah SWT.
Kemudian saya pun ambil kain kafan yang dibeli oleh anak Allahyarham dan saya potong-potongkan. Secara kebetulan pula, di situ ada dua orang yang mengikuti kursus pengurusan jenazah yang pernah saya jalankan. Saya ajak mereka membantu saya dan mereka bersetuju.
Tetapi semasa memandikan mayat itu, peristiwa pertama berlaku. Untuk makluman pembaca, apabila memandikan jenazah, badan mayat itu perlu dibangunkan sedikit dan perutnya hendaklah diurut urut untuk membolehkan najis keluar. Maka saya pun urut urutkan perut Allahyarham.
Tapi apa yang berlaku pada hari itu amatlah mengejutkan. Allah itu Maha Berkuasa kerana pada hari tersebut, najis tidak keluar daripada dubur mayat tadi tetapi melalui mulutnya. “Lain macam saja ni”, fikir saya. Lalu saya ubah sedikit teknik dan posisi mayat itu dan saya urut-urutkan lagi perutnya.
Tapi najis itu tetap keluar dari mulutnya. Hati saya berdebar-debar. Apa yang sedang berlaku di depan saya ini? Telah dua kali mulut mayat ini memuntahkan najis. Saya harap ia tidak akan berulang lagi kerana saya mahu mengurut perutnya bagi kali yang terakhir. Tiba-tiba ketentuan Allah berlaku. Bila saya urut perutnya, keluarlah daripada mulut mayat itu najis bersama beberapa ekor ulat yang masih hidup. Ulat itu adalah seperti ulat najis. Warnanya putih. Dari mana datangnya ulat itu, jangan tanya saya.
Allahyarham meninggal dunia akibat diserang sakit jantung dan waktu kematiannya dengan waktu saya menguruskan mayatnya cuma lima jam setengah sahaja jaraknya. Aneh, bagaimana dalam tempoh yang sebegitu singkat mayatnya boleh menjadi sedemikian rupa? Saya lihat wajah anak Allahyarham. Mereka seperti terkejut. Mungkin malu, terperanjat dan aib dengan apa yang berlaku pada bapa mereka.
Saya tengok dua orang pembantu tadi, mereka juga terkejutdan panik. Lalu saya bacakan doa untuk mengelakkan badi mayat dan sapukan ke muka mereka. Saya kata kepada mereka, “Inilah ujian Allah kepada kita”. Kemudian saya minta salah seorang daripada pembantu tadi memanggil kesemua anak Allahyarham.
Allahyarham pada dasarnya seorang yang beruntung kerana mempunyai tujuh orang anak, dan semuanya lelaki. Seorang berada di luar negeri dan enam lagi berada di sini. Bila semua anak Allahyarham masuk, saya marahi mereka. Saya mengingatkan mereka bahawa tanggungjawab saya hanyalah membantu menguruskan jenazah bapa mereka, bukan menguruskan sepenuhnya tanggungjawab tersebut.
Sepatutnya sebagai anak, merekalah yang lebih afdal menguruskan jenazah bapa mereka itu, bukannya tok imam, tok bilal, tok siak. Saya kata, mungkin satu masa dahulu ibu mereka sibuk maka Allahyarham pernah memandikan mereka. Itulah jasa dan pengorbanan seorang bapa.
Tetapi saya kesal kerana dalam saat-saat begini anak-anak Allahyarham tidak langsung hendak membalas jasa bapa mereka itu.
Saya kemudiannya meminta izin serta bantuan mereka untuk menonggengkan mayat itu. Takdir Allah, apabila ditonggengkan sahaja mayat tersebut, tiba-tiba keluarlah ulat-ulat yang masih hidup. Hampir sebesen banyaknya.
Besen itu boleh dianggarkan besar sedikit daripada penutup bilah kipas meja. Subhanallah….suasana menjadi semakin panik. Saya terus bertenang dan berharap tidak berlaku lagi kejadian-kejadian yang lebih ganjil. Selepas itu saya mandikan semula mayat tersebut dan saya ambilkan wuduk.
Saya minta anak-anaknya mengambil kain kafan. Saya bawa mayat tersebut ke dalam biliknya dan tidak diizinkan seorang pun melihat upacara itu kecuali waris yang terdekat, sebab saya takut perkara-perkara yang lebih aib akan berlaku.
Takdir Allah jua yang menentukan. Apabila mayat ini diletakkan di atas kain kafan, saya dapati kain kafan itu cukup-cukup memarasi hujung kepala dan kakinya, tidak ada lebih. Maka saya tak boleh nak ikat kepala dan kakinya. Tidak keterlaluan kalau saya katakan bahawa kain kafan itu seperti tidak mahu menerima mayat tadi.
Tidak apalah, mungkin saya yang silap semasa memotongnya. Lalu saya ambil baki kain, saya potongkan dan tampungkan di tempat-tempat yang kurang. Memang kain kafan jenazah itu jadi tidak berapa elok, tetapi apa nak buat Itu sahaja yang boleh saya lakukan.
Pada masa yang sama saya berdoa kepada Allah, “Ya Allah, jangan Kau hinakan jenazah ini ya Allah, cukuplah sekadar peringatan kepada hambamu ini”. Selepas itu saya berikan taklimat tentang sembayang jenazah. Tiga kali taklimat diberikan. Yang hadir cuma 13 orang saja.
Invalid Domain Name
Selepas menyembahyangkan jenazah tadi, satu lagi masalah timbul. Jenazah itu tidak dapat dihantarkan ke tanah perkuburan kerana tidak ada kereta jenazah. Saya hubungi JAWI, JAIS, Pusat Islam, DBKL, Polis dan sebagainya, tetapi yang peliknya, mereka juga tidak mempunyai kereta jenazah kerana kereta yang ada sedang digunakan.
Dalam keadaan itu, seorang hamba Allah muncul menawarkan bantuan. Lelaki itu meminta saya menunggu sebentar untuk membolehkan dia mengeluarkan van dari garaj rumahnya. Kemudian muncullah sebuah van. Tapi ketika dia sedang mencari tempat untuk meletakkan vannya itu di kawasan rumah Allahyarham, tiba-tiba isterinya keluar.
Dengan suara yang tegas dia berkata di khalayak ramai, “Abang, saya tak benarkan kereta saya ini digunakan untuk mengangkat jenazah itu sebab semasa hayatnya dia tidak pernah benarkan kita naik keretanya”. Renungkanlah, kalau tidak ada apa-apa sebab, tidak mungkin seorang wanita yang lembut hatinya akan berkata demikian.
Jadi saya suruh tuan punya van itu membawa vannya balik. Selepas itu muncul pula seorang lelaki menawarkan bantuannya. Lelaki itu mendakwa dia adalah anak murid saya. Dia meminta izin daripada saya dalam 10-15 minit untuk membersihkan keretanya itu. Dalam jangka waktu yang ditetapkan itu, muncul kereta tersebut. Tetapi dalam keadaan yang basah kuyup.
Kereta yang dimaksudkan itu sebenarnya adalah sebuah lori, dan lori itu digunakan oleh lelaki tadi untuk menjual ayam. Renungkanlah, pernahkan kita melihat satu jenazah dibawa ke kubur dengan lori ayam? Dalam perjalanan menuju ke kawasan perkuburan, saya berpesan kepada dua pembantu tadi supaya ahli masyarakat tidak payah membantu kami menguburkan jenazah tadi.
Saya suruh mereka pergi kubur saudara mara dan sahabat mereka, itu lebih baik. Saya tidak mahu mereka melihat apa-apa lagi peristiwa ganjil. Rupanya apa yang saya takutkan itu berlaku sekali lagi – takdir Allah yang terakhir amat memilukan. Bila sampai sahaja jenazah tersebut ke kuburnya, saya perintahkan tiga orang anaknya turun ke dalam liang lahad dan tiga lagi turunkan jenazah.
Takdir Allah, apabila jasad jenazah itu mencecah sahaja ke bumi, tiba tiba air hitam yang busuk baunya keluar dari celah-celah bumi yang pada asalnya kering. Hari itu tidak hujan, tetapi dari mana datangnya air itu? Sukar untuk saya menjawabnya.
Lalu saya arahkan anak Allahyarham supaya sendaikan jenazah bapa mereka dengan kemas. Saya takut nanti ia akan terlangkup….na’uzubillah. Kalau mayat terlangkup, tidak ada harapan untuk mendapat syafaat Nabi saw.
Papan keranda diturunkan dan kami segera kambus kubur tersebut. Selepas itu kami injak-injakkan tanah supaya mampat dan bila hujan ia tidak mendap. Tapi sungguh menyayukan, saya perhatikan tanah yang diinjak itu menjadi becak. Saya tahu, jenazah berkenaan ditenggelamkan oleh air hitam yang busuk itu. Melihatkan keadaan tersebut, saya arahkan anak-anak Allahyarham supaya berhenti menginjakkan tanah itu. Tinggalkan dalam suku meter, timbus dan bataskan.
Ertinya kubur itu tidak dikambus hingga ke permukaan lubangnya, tetapi ia seperti kubur berlubang. Tidak cukup dengan itu, apabila saya hendak membacakan talkin, saya tengok tanah yang diinjak itu ada kesan serapan air. Masya-Allah, dalam sejarah hidup saya, inilah julung-julung kalinya peristiwa seperti itu terjadi. Melihatkan keadaan itu, saya mengambil keputusan untuk menyelesaikan pengebumian secepat mungkin. Sejak sekian lama terlibat dalam pengurusan jenazah, inilah mayat yang saya tidak talkinkan.
Saya cuma bacakan tahlil dan doa yang paling ringkas. Setelah itu saya pulang ke rumah Allahyarham dan himpunkan keluarganya. Saya bertanya kepada isteri Allahyarham, apakah yang telah dilakukan oleh Allahyarham semasa hayatnya.
Adakah dia pernah menzalimi orang alim, mendapat harta secara merampas, menipu rasuah, memakan harta masjid dan anak yatim? Isteri allahyarham tidak dapat memberikan jawapan. Memikirkan mungkin dia malu untuk memberitahu, saya tinggalkan nombor telefon rumah saya. Tetapi sedihnya, sehingga sekarang tidak seorang pun anak-anak Allahyarham menghubungi saya.
Untuk pengetahuan umum, anak-anak Allahyarham merupakan orang-orang yang berpendidikan tinggi sehingga ada seorang yang beristerikan orang Amerika, seorang dapat isteri orang Australia dan seorang lagi isterinya orang Jepun. Saya bertambah sedih apabila dua orang yang membantu saya menguruskan jenazah tadi menelefon saya.
Mereka kata mereka menyesal membantu saya menguruskan jenazah Allahyarham kerana anak-anak Allahyarham telah menjadikan mereka sebagai musuh. Saya bertanya, adakah mereka menceritakan kisah itu kepada masyarakat? Mereka kata ‘TIDAK’. Peristiwa ini akan tetap saya ingat sampai bila-bila. Kepada masyarakat, tanyalah diri kita adakah kita mahu peristiwa itu terjadi pada diri kita sendiri, ibu bapa kita, anak kita atau kaum keluarga kita? Adakah kita mahu peristiwa ini berlaku berulang-ulang kali sehingga sampai satu masa nanti di mana masyarakat menganggap peristiwa ini sebagai perkara biasa?
Sumber : kakisembang
MAYAT PULANG KE RUMAH SELEPAS DIKEBUMI
Philadelphia: Seorang wanita berusia 50 tahun pulang ke rumahnya selepas dia ‘dikebumikan’ 13 hari lalu.
Sharolyn Jackson (gambar) dikebumikan di tanah perkuburan Colonial oleh keluarganya pada 3 Ogos selepas Pemeriksa Perubatan Philadelphia menandatangani sijil kematian dan menyerahkan mayat seorang wanita yang dipercayai dia.
Bagaimanapun, kelmarin, Sharolyn muncul di pusat kesihatan mental di tengah Philadelphia.
Wanita itu dilapor hilang dari kediaman keluarganya di Philadelphia Barat pada 18 Julai lalu. Apabila mayat seorang wanita yang menyerupai dia ditemui 20 Julai di jalan raya di bandar berkenaan, pegawai menyangka ia mayatnya.
Anaknya, Travis dan seorang pekerja sosial yang mengenali wanita itu mengecam gambar wanita yang mati itu sebagai Sharolyn.
Pejabat Pemeriksa Perubatan kemudian menandatangani sijil kematian yang membenarkan mayat berkenaan diserahkan kepada anggota keluarga untuk dikebumikan.
“Gambar hitam putih itu kelihatan macam Sharolyn,” kata pekerja sosial itu.
Jabatan Kesihatan Philadelphia berkata, semua prosedur dipatuhi sebelum mereka menyerahkan mayat berkenaan untuk dikebumikan.
Polis semalam memulakan siasatan untuk mengenal pasti mayat yang dikebumikan itu dan merancang untuk menggalinya semula. - Hmetro

Johara diancam bunuh jika ke sarawak
Sumber : Beautifulnara
Amboi. Memang agak fanatik juga peminat bola sepak Sarawak ini. Namun Abang Nara memahami isi hati mereka. Memang terbakar juga hati apabila pasukan yang kita sokong digelar “cap ayam”. Itu yang Johara Pagi Era diancam bunuh sekiranya mereka berkunjung ke Sarawak. Seram jugak kan?
Ancaman ini terjadi selepas krew pagi Era iaitu Johan, Hanif dan Ray memberi komen Sarawak menjuarai Liga Perdana dengan rekod tanpa kalah kerana pasukan itu bermain dalam liga yang mana semua pasukannya adalah ‘cap ayam’ atau tidak berkualiti. Mereka juga menyifatkan Sarawak sebagai pasukan yang tidak layak bermain dalam Piala Malaysia dan hanya boleh bermain di peringkat Liga Perdana.
Ketiga-tiga mereka telah pun dipanggil oleh pihak pengurusan radio Era dan diarahkan untuk membuat permohonan maaf pada minggu hadapan. Diharap selepas ini, Johara akan lebih berhati-hati di dalamisu-isu sensitif sebegini. Walaupun Abang Nara tahu mereka hanya melawak, tetapi biasalah ada pihak yang emosinya lebih sedikit. Sama-samalah kita ambil pengajaran.

Subscribe to:
Posts (Atom)