• Dituduh cedera isteri guna seterikaTertuduh dibawa keluar dari mahkamah, semalam.
 1 / 1 
ALOR GAJAH - Seorang Deejay Karaoke dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas pertuduhan mencederakan isterinya menggunakan air panas dan seterika, dua minggu lalu.

Tertuduh, Mohamad Syafiq Ab Aziz, 22, bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Nariman Badruddin selepas mengangguk faham pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa menyebabkan cedera parah terhadap Yusniza Amira Md Sahal, 19, menggunakan air panas dan seterika panas di sebuh rumah di Flat Bidara Permai, Taman Bidara Permai, Masjid Tanah kira-kira 8 pagi, 11 Disember lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda atau sebat, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Safri Mohammed ketika pendakwaan meminta mahkamah tidak memberikan jaminan terhadap tertuduh yang berasal dari Pontian, Johor.

Nariman yang tidak membenarkan tertuduh diikat jamin kemudian menetapkan tarikh sebutan kes pada 28 Januari 2014 bagi lantikan peguam.