Saturday 9 November 2013

Noh Hujan Akui Mizz Nina Pusing 360 Darjah


Noh Hujan Akui Mizz Nina Pusing 360 Darjah | Mizz Nina meskipun belum mengesahkan dirinya telah berhijrah dengan bertudung selepas pulang dari menunaikan ibadah haji baru-baru ini, namun gambar di laman Instagram beliau jelas menceritakan segalanya.

Noh Hujan Akui Mizz Nina Pusing 360 Darjah

Noh Hujan turut menjelaskan penghijrahan Mizz Nina itu atas inisiatifnya sendiri tanpa dipengaruhi oleh sesiapa.

"Nina dah besar dan dia bijak. Dia tahu apa yang dia lakukan. Saya tak pernah suruh dia buat itu dan ini sebab bagi saya itu antara dia dengan Allah. Tapi jika dia buat salah, saya akan berterus-terang," jelas Noh menerangkan Nina kini berubah '360 darjah' dan lebih banyak mendalami ilmu agama.

"Nina yang mendaftarkan kami untuk kelas mengaji Al Quran. Ada ketika dia akan meminta untuk mengaji Al Quran bersama setelah selesai solat. Perkara tu buat saya rasa sangat terharu," kata Noh.


Mizz Nina telah mula mengenakan hijab sebelum dia ke Mekah untuk menunaikan ibadah Haji bersama Noh. Namun, kata Noh, ketika itu Mizz Nina masih dalam proses mencuba. Apabila ditanya jika Mizz Nina akan terus bertudung atau akan kembali mendedahkan rambutnya seperti sesetengah selebriti lain yang pulang daripada menunaikan Umrah dan Haji, Noh menegaskan dia tidak tahu tentang hal itu dan serahkan segala keputusan kepada Mizz Nina.

"Macam saya cakap tadi, itu antara dia dengan Allah. Saya tak tahu kalau Nina akan terus bertudung. Dia pun tak pernah beritahu yang dia nak berhijrah. Semua yang dia lakukan atas kehendaknya sendiri," ujar Noh.

Sementara itu, Noh sempat berkongsi pengalaman mereka menunaikan ibadah Haji. Kata Noh, saat yang paling menyentuh hatinya ketika berdoa di Arafah.

"Kalau nak ikutkan, semua rukun Haji tu sangat seronok dan indah. Tapi yang paling bermakna ketika di Arafah berdoa dengan Nina," kata Noh yang masih mencuba untuk menimang cahaya mata.

"Sebenarnya kami tak pernah jangka dapat menunaikan Haji secepat ni. Perancangan tu ada tapi saya anggarkan dalam tiga tahun lagi sebelum dapat anak. Tapi apabila peluang tu datang sekarang, saya rasa sangat bersyukur," kongsi Noh.

No comments:

Post a Comment