Sunday 29 December 2013

BEKAS KEKASIH 'NASIHAT' JOHAN ASARI 'DON'T PLAY PLAY'

sumber 


Don't Play Play!

Ayat tersebut amat popular dalam siri sitkom Phua Chu Kang tidak lama dahulu. Kini, Izreen Azminda iaitu bekas kekasih Johan Asari turut menasihatkan Johan agar berhenti daripada memainkan perasaan wanita atau dalam bahasa lucunya 'don't play play'.

Artikel terdahulu:
Kata Izreen, kalau Johan rasa dirinya belum bersedia untuk serius bercinta, jangan bercinta dahulu. 
Johan sepatutnya mengambil masa dalam sesebuah hubungan agar dia tidak terperangkap dengan 
kata-kata sendiri..




"Johan seharusnya memahami diri sendiri terlebih dahulu sebelum membuat keputusan untuk 
bercinta dengan seseorang wanita.

"Kalau rasa diri dia (Johan) masih belum bersedia untuk bercinta jangan bercinta dahulu,
 sepatutnya beri masa dalam sesebuah hubungan sebelum melafazkan cinta.

Kenangan 2011 ketika umum perpisahan dengan Johan


"Nasihat saya supaya dia jangan mainkan perasaan wanita dan berfikir panjang dengan 
tindakan yang akan dilakukannya," ujarnya dipetik sebagai berkata semalam.

Untuk info, inilah kali pertama dalam ramai bekas kekasih Johan 'berani' mengulas 
tentang tindakan Johan yang memutuskan hubungan dengan pelakon Lana Nordin. 
Kerana yang lainnya, semua tutup mulut kerana enggan komen atau enggan melibatkan 
diri mereka dalam kemelut itu. 

Klik gambar untuk imej besar...


"Saya terkejut dengan berita tentang mereka, kerana pada awalnya saya sangkakan 
kali ini dia benar-benar serius.

"Saya harap dia dapat ambil pengajaran dengan kontroversi ini, ia melibatkan ramai 
pihak dan maruah keluarga masing-masing. Dia juga perlu lebih berhati-hati dalam 
membuat kenyataan yang melibatkan maruah orang lain," tambahnya.

Izreen dan anaknya Muhammad Adrian


Mengimbas kembali kisah cintanya sekitar 2011, kata Izreen dia sudah melupakan 
semuanya (hubungan dengan Johan) dan mempunyai kehidupan yang lebih bahagia sekarang. 
Ini kerana, nasib Izreen sama seperti Lana apabila Johan menafikan mereka bercinta tetapi 
sebaliknya menganggap Izreen hanya sebagai 'kawan rapat' sahaja.

Bagi yang tidak tahu, Izreen kini telah pun selamat bergelar seorang ibu pada 13 Julai
 2013 lalu. Anaknya bernama Muhammad Adrian Umar. 


Takut dapat RM1 juta

Seremban: “Sebaik mengetahui saya memenangi wang bernilai RM1 juta, saya menangis kerana gembira ditambah takut memikirkan keselamatan diri selepas ini,” kata suri rumah, Rokeah Mohd Sidek, 77, yang menerima ‘durian runtuh’ sebaik diumumkan pemenang Cabutan Istimewa Sijil Simpanan Premium (SSP) oleh Bank Simpanan Nasional (BSN), kelmarin.

Lebih menarik, ibu kepada empat anak itu bercadang mahu mengeluarkan semula wang simpanan dalam SSP itu minggu ini berikutan tidak nampak hasil selama 23 tahun melabur, sebelum dibantah anak lelakinya berusia 40 tahun yang juga seorang guru. 
“Sepatutnya minggu ini saya mengeluarkan wang simpanan itu kerana memikirkan tidak mahu lagi menyimpan dengan BSN, sebelum anak lelaki meminta supaya membiarkan saja. 

“Tidak sangka belum sempat saya mengeluarkan wang itu, semalam (kelmarin) saya diumumkan memenangi wang RM1 juta,” katanya ketika ditemui di rumahnya, di sini, semalam.
Foto
Rokeah Mohd Sidek

Katanya yang sudah kematian suami berkata, dia mula menyimpan RM300 hingga RM400 sebulan menggunakan wang pencen suami yang dulu bertugas sebagai guru.

Hanya ALLAH yang tahu siapa Johan


  • Lana Nordin beri penjelasanLana Nordin
 1 / 1 
LANA Nordin hari ini telah mengesahkan bahawa dirinya tidak pernah menerima lamaran daripada Johan As’ari.

Memetik laporan sebuah media massa hari ini, Lana menyatakan bahawa Johan sama sekali tidak pernah membawa beliau bertemu dengan keluarganya.

“Memang tak pernah.

“…saya faham untuk kenal-kenal ini memang ambil masa, tapi dia (Johan) tiada usaha ke arah itu,kalau nak tahu kakak Johan pernah cakap, bahawa keluarga dia tidak pernah halang hubungan kami.

“Mereka cakap, mereka pun tunggu Johan bawa balik saya jumpa keluarga. Tapi sekali pun dia tidak pernah bawa. Sekarang cuba fikir, adakah itu halangan keluarga atau dia yang mereka-reka cerita,” katanya.

Menggulas lanjut mengenai perwatakan Johan, Lana menegaskan bahawa hanya dia dan ALLAH sahaja yang tahu siapa sebenarnya Johan.

“Menyentuh perwatakan Johan, saya tidak nafikan, saya memang terpikat dengan cara dia. Saya tengok dia ini baik orangnya, perwatakannya yang alim dan punya pegangan agama.

“…saya fikir ya, mungkin dia boleh jadi pebimbing yang baik untuk saya..tapi sebaliknya berlaku.

“…Cuma saya dan ALLAH sahaja yang tahu siapa sebenarnya Johan.

“…saya memang nampak macam wanita urban dan sosial tapi demi ALLAH, saya rasa saya lebih suci daripada dia,” katanya.

Saturday 28 December 2013

Isu khalwat: Neelofa kecewa, jangan sebar fitnah


  • NeelofaNeelofa
 1 / 1 
PELAKON popular, Noor Neelofa Mohd.Noor atau dikenali sebagai Neelofa melahirkan rasa kecewa di atas dakwaan yang dilemparkan kepadanya hari ini.

Menurut Neelofa, sekiranya betul dakwaan yang diperkatakan itu, semestinya beliau masih berada di Malaysia untuk menyelesaikan kes khalwat tersebut.

"Sejujurnya saya sendiri tidak tahu menahu tentang hal ini sehingga ianya tersebar dan jika benar saya ditangkap khalwat, pastinya saya masih berada di Malaysia untuk selesaikan kes ini.

"Sekarang saya berada diluar negara untuk meneruskan pengajian saya dan berharap orang yang berkenaan bertanggungjawab atas fitnah dan artikel tersebut," katanya menerusi laman Twitter.

Pengacara itu turut mengharapkan agar pihak media menyiasat terlebih dahulu sebelum membuat artikel sekeras ini.

Ini kerana menurut Neelofa, artikel tersebut mampu menjatuhkan maruah dan kredibiliti sebagai seorang artis.

"Harap pihak wartawan berusaha untuk mendapat maklumat yang betuk sekurang-kurangnya tanya pihak berkuasa, Jabatan agama dan pihak polis terlebih dahulu sebelum membuat artikel ini.

"Artikel ini tidak masuk akal dan ia boleh menjatuhkan imej dan kredibilit artis.

"Dan kalau benar ia berlaku sebetulnya dalam isi undang-undang Malaysia dakwaan tersebut haruslah mempunyai laporan polis dan juga surat Jabatan Agama Islam berserta saksi," katanya.

Dalam laporan tempatan hari ini, Neelofa didakwa telah ditangkap khalwat malam kelmarin.

Friday 27 December 2013

Dituduh cedera isteri guna seterika




  • Dituduh cedera isteri guna seterikaTertuduh dibawa keluar dari mahkamah, semalam.
 1 / 1 
ALOR GAJAH - Seorang Deejay Karaoke dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas pertuduhan mencederakan isterinya menggunakan air panas dan seterika, dua minggu lalu.

Tertuduh, Mohamad Syafiq Ab Aziz, 22, bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Nariman Badruddin selepas mengangguk faham pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa menyebabkan cedera parah terhadap Yusniza Amira Md Sahal, 19, menggunakan air panas dan seterika panas di sebuh rumah di Flat Bidara Permai, Taman Bidara Permai, Masjid Tanah kira-kira 8 pagi, 11 Disember lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda atau sebat, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Safri Mohammed ketika pendakwaan meminta mahkamah tidak memberikan jaminan terhadap tertuduh yang berasal dari Pontian, Johor.

Nariman yang tidak membenarkan tertuduh diikat jamin kemudian menetapkan tarikh sebutan kes pada 28 Januari 2014 bagi lantikan peguam.

Wednesday 18 December 2013

Linda Onn bakal kahwini kerabat diraja

Linda Onn akan menamatkan zaman bujang pada 27 Disember ini dan mari sama-sama tunggu untuk melihat wajah suami Linda Onn, sorang kerabat diraja, VVIP atau orang biasa, yang penting masjid yang dibina mendapat restu kesemua pihak dan kekal bahagia sehingga ke akhir hayat.
linda onn kahwin Kata Linda menerusi Mstar Online:-
Ya, tarikh itu benar dan dia seorang kerabat (seperti dilaporkan). Maaf, saya tak boleh bercerita lanjut buat masa ini. Sekarang apa yang penting buat yang wajib (nikah) dulu. Insya-Allah, kalau tak ada aral melintang resepsi akan menyusul selepas majlis nikah
linda onn
Majlis resepsi bakal diadakan di Kuala Lumpur namun tarikhnya masih dirahsiakan oleh Linda Onn. Hanya tinggal seminggu sahaja lagi sebelum Linda Onn bergelar isteri. Sama-samalah kita doakan agar semuanya berjalan lancar buat deejay ini. Tahniah Linda!!!

Che Ta berbulan Madu di Rome Itali

Sumber : Beautifulnara

Amboi, amboi, amboi. Berseri-seri wajah pengantin baru si Zain Saidin dan Rozita Che Wan ini. Rupa-rupanya mereka berdua sekarang sedang berbulan madu di Rome, Itali. Memang satu tempat yang romantik dan sesuai untuk bermadu kasih buat pasangan baru berkahwin. Seronok Abang Nara melihat kegembiraan di wajah mereka.
gambar bulan madu rozita che wan
Cute kan mereka berdua? Pasti seronok berjalan-jalan di Itali dengan cuaca yang sejuk. Semoga dengan percutian bulan madu ini, hubungan mereka berdua akan lebih mesra dan dapat mengenali diri masing-masing dengan lebih mendalam. Che Ta dan Zain turut berkongsi gambar mereka bertemu dengan pereka baju pengantin, Man Kajang.
gambar bulan madu rozita che wan
Senyuman yang terukir di wajah Zain dan Che Ta jelas menggambarkan kebahagiaan satu perkahwinan. Hanya orang yang dah berkahwin sahaja yang dapat merasakannya. Nak tahu kenalah kahwin cepat-cepat. Hehehe.
gambar bulan madu rozita che wan
Buat Zain dan Che Ta, selamat berbulan madu. Selamat pergi dan selamat pulang nanti. Enjoy puas-puas waktu anda di sana.