Sunday 29 September 2013

Ngeri! Rawatan Kecantikan Guna Mask Berapi Di Muka


Beauty is pain. Itulah salah satu pribahasa yang menggambarkan wanita yang harus menahan rasa sakit demi kelihatan cantik. Namun yang menjadi pertanyaan adalah seberapa jauh rasa sakit itu dapat diterima?

Rupanya bagi kaum wanita di China rasa sakit demi kelihatan cantik tidak ada batasannya. Bahkan ketika mereka meletakkan api diatas tubuh mereka sekalipun atau dalam dunia kecantikan disebut dengan topeng api. Foto dibawah ini menggambarkan wajah wanita yang bermasker kuning dan dibungkus plastik, kemudian sebahagian wajahnya ditutup tuala dan diletakkan dua bola api diatas kedua matanya.
Gambar ini diambil oleh seorang remaja perempuan yang menemani ibunya ke salon kencantikan, dan foto tersebut telah beredar di beberapa website sejak diposting sebulan yang lalu. Bersamaan dengan posting foto,remaja perempuan tersebut juga menyertakan sebuah catatan: "Ibuku ingin mendapatkan rawatan kecantikan di salon, jadi aku menemaninya pergi ke salon. Apa yang saya lihat .. langsung mengejutkan saya dan saya tidak dapat melihatnya. Yah dia kelihatan cukup lama mendapatkan suntikan api yang bagus di bahagian mata ".

Rawatan kecantikan dengan menggunakan topeng api sebenarnya adalah hal yang  biasa di China. Bahkan rawatan kecantikan ini mempunyai nama tersendiri iaitu Huo Liao (rawatan api). Rawatan kecantikan dengan topeng api ini adalah bentuk luas dari terapi alternative yang sangat terkenal ketika itu. Terapi Huo Liao menyiapkan tuala khusus yang telah direndam dalam "ramuan rahsia ubat mujarab" dan sedikit alkohol. Tuala kemudian dinyalakan selama beberapa saat kemudian dimatikan dengan cara menutup api tersebut dengan tuala lain.



[Wow] GAMBAR HAMPIR BOGEL TENTERA WANITA ISRAEL DI KECAM!

Tentera Israel telah menjatuhkan hukuman disiplin terhadap sekumpulan tentera wanita yang berpose kesat dengan hanya memakai seluar dalam dan peralatan perang. Foto-foto tersebut kemudian diposkan ke Facebook.
Laman berita Israel, Walla memuat foto-foto tersebut dan menyebutkan para tentera wanita tersebut merupakan ahli baru yang ditempatkan di sebuah pangkalan di Israel selatan. Salah satu foto memperlihatkan para tentera itu mempamerkan seluar dalam dan punggung mereka.

Dalam gambar lain, lima tentera wanita berpose separuh bogel di sebuah bilik barak. Mereka hanya memakai topi keledar dan peralatan perang. Laman tersebut memburamkan wajah kelima wanita itu.

Karenah tersebut mendapat kritikan serius. Dalam statemennya, tentera Israel menyatakan, para wanita muda itu telah menunjukkan perilaku yang tidak diharapkan bagi para tentera Israel.

"Komandan mereka menjatuhkan hukuman disiplin sesuai perbuatan mereka," tutur juru bicara tentera Israel seperti dipetik News.com.au, Selasa (4/6/2013).

Tidak disebutkan detail mengenai sanksi yang diberikan kepada para tentera wanita tersebut. Identiti mereka juga di sembunyikan.sumber







Read more: http://www.blogbahni.com/2013/06/wow-gambar-hampir-bogel-tentera-wanita.html#ixzz2gIa3Ghdz

Gambar Nursyella Yang Sexy Dan Mantap Ketika Belum Berkahwin (4 Gambar)


Walaupun hampir 10 tahun menyepi daripada dunia hiburan, penyanyi Nursyella tetap terpalit dengan kontroversi apabila foto seksi yang ‘menyerlahkan’ sebahagian payudaranya, tersebar di laman gosip dan forum.

Namun, anak keempat daripada 15 beradik itu meminta masyarakat jangan sesuka hati menilai peribadinya menerusi pakaian.

Nursyella atau nama sebenarnya Nurshid’la Ahmad Kamaruddin, 25, berkata dia mengakui foto yang tersebar itu adalah dirinya, namun itu bukan bermakna dia perempuan murahan yang boleh dikaitkan dengan kehidupan songsang seperti gemar berhibur di kelab malam dan rela menggadai maruah ditaja lelaki hidung belang mahupun orang kenamaan.



Read more: http://www.blogbahni.com/2013/09/gambar-nursyella-yang-sexy-dan-mantap.html#ixzz2gIZUTb11

[Wow] China Bangun Pantai Bogel Untuk Pengunjung!!



China
TANGSHAN – Pihak pentadbiran sebuah daerah di wilayah Hebei, utara China akan membuka sebuah pantai yang membenarkan pengunjungnya berbogel, lapor sebuah akhbar kelmarin.
Timbalan Ketua Daerah Luan, Tian Wenxue berkata, daerah itu akan melabur sebanyak AS$516 juta (RM1.6 bilion) untuk membangunkan pantai berkenaan.
Lokasi pelancongan itu meliputi kawasan seluas 533 hektar bersebelahan dengan sungai Luan.
Sebanyak 100 juta yuan (RM52 juta) lagi akan dilabur untuk pembangunan kelengkapan multimedia.
Katanya, lokasi tersebut akan dilengkapi padang golf dan ladang ternakan kuda.
Daerah Luan terletak di timur wilayah Hebei dan berada di bawah pentadbiran Bandar raya Tangshan. – Agensi


Read more: http://www.blogbahni.com/2013/06/wow-china-bangun-pantai-bogel-untuk.html#ixzz2gIZKm2jS

Facebook FANPAGE Muatnaik Gambar Seksi "Awek Melayu Malaysia"


Gadis Melayu
Sebuah laman sosial dikesan mempergunakan gambar-gambar gadis Melayu dengan status berbaur seks.
Laman Facebook ‘Awek melayu malaysia’ yang mula diwujudkan sejak 21 Januari 2013, mendapat sambutan hangat dan hingga ke hari ini, sudah menghimpun 19,515 pengikut.
Admin FB ini didapati memuatnaik gambar-gambar gadis Melayu dengan pelbagai aksi lalu diletakkan status yang kurang sopan.
2
Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada gadis-gadis yang dipaparkan dalam FB ini menyedari atau tidak gambar mereka telah digunakan di sini.
Apa yang pasti, laman sebegini tidak ada faedahnya malah hanya mengundang salah laku moral dan menggalakkan aktiviti porno.
Sesuatu harus dilakukan agar FB ‘Awek melayu malaysia’ ini ditutup terus. Antaranya, marilah kita beramai-ramai membuat laporan kepada Facebook tentang salahguna laman ini dengan kandungannya yang berbaur seksual.
3
4


Read more: http://www.blogbahni.com/2013/08/facebook-fanpage-paparkan-gambar-seksi.html#ixzz2gIYsV72p

Kurang Ajar, Jururawat Ini Dera Pesakit! (Video CCTV)

Sebuah Video pasal seorang pesakit nenek tua didera oleh jururawat Nightingale Nursing Home Singapura telah mengejutkan negara tersebut. Orang ramai bertanya-tanya kenapa jururawat ini dua daripada tiga mereka masih bekerja. Mereka sepatutnya dipecat serta-merta. Video ini dirakam oleh CCTV yang terletak tidak jauh dari katil pesakit ini.
Di dalam video tersebut, pesakit itu dibiarkan bogel di bawah kipas dan kelihatan jururawat tidak mengendahkannya yang menangis kesejukan. Selepas itu, dua orang jururawat mengangkat dan balingnya ke atas katil. Pesakit itu menangis kesakitnya dan kemudiannya ditampar oleh seorang jururawat. Apakah jururawat macam tu??? Kalau tak sabar macam tu tak perlu la kerja jadi jururawat..hihi


P/S : Maybe gaduh ngan pakwe kowt…lepas geram kat makcik yang sakit tuh =( sian pulak kat makcik tuh terpaksa menanggung =(

(Video) Mangsa Melawan Dan Belasah Perompak

Dalam video yang dikongsikan, 2 perompak tersebut pada mulanya ingin melakukan rompakan.
perompak
Namun, setelah beberapa ketika, mangsa yang berang tiba-tiba melawan serta membelasah perompak tersebut. Agak epic! Mungkin ini pengajaran buat semua perompak agar tidak mudah memandang rendah kepada mangsa. Jaga-jaga!

P/s: Kalau tak dibalas di dunia, di akhirat pasti akan kena juga. Fikir-fikir dulu sebelum nak buat sesuatu..

INFO - 5 Perangai Perempuan Yang Buat Lelaki Menyampah~!




Di bawah ni ada beberapa tips untuk awek-awek yang masih bersekolah untuk mengelakkan dari dibenci oleh pelajar lelaki, guru lelaki mahupun kawan sejantina sendiri. Tanpa sedar banyak perkara yang awek selalu buat yang membuatkan lelaki cukup menyampah dan meluat. Antaranya ialah :

1) Gedik tahap dewa

Hui aku juga menyampah kalau dapat student yang gedik tahap dewa. Awek sekolah yang gedik tahap dewa mungkin tidak ada di sekolah tahfiz. Tetapi di sekolah-sekolah lain dari Perlis sampai ke Sarawak memang mudah diperoleh. Antara sifat-sifat nature mereka adalah suka bercakap dengan kuat, ketawa dengan kuat, terkinja-kinja seperti di bawah pengaruh dadah, dan lain-lain yang berkaitan. Awek-awek yang gedik tahap dewa juga kebiasaannya suka mencari publisiti murahan dan mencapap.

Pakwe sekolah tidak akan mengorat awek yang gedik tahap dewa kerana kelak mereka juga akan dipersenda oleh rakan sebaya kerana kau dah kenapa, tak ada awek lain dah ke kat sekolah ni? Yang gedik-gedik tu jugak kau nak??? Pakwe sekolah juga berpendapat awek-awek sebegini berpotensi untuk mencanang satu sekolah tentang hubungan mereka. Kebiasaannya awek gedik tahap dewa hanya menjadi bahan usikan atau posmen kepada awek yang mereka minat sahaja.

2) Bajet hot

Ramai di kalangan awek sekolah yang bajet hot atau dalam bahasa mudahnya perasan cantik. Awek-awek sekolah sekalian, sekiranya anda dikurniakan wajah jelita atau cute, anda jangan rasa diri anda yang paling cantik di sekolah. As the saying goes, beauty lies in the eyes of the beholder. Ciri-ciri awek bajet hot sangat mudah dikenalpasti. Apabila berjalan kebiasaannya matanya meliar kerana merasakan diri menjadi bahan tenungan pakwe-pakwe sekolah. Apabila makan di kantin atau dewan makan seperti pengantin makan beradap. Pendek kata awek bajet hottt memang control habis waima (pergh) hanya seorang sahaja kaum Adam itu pun yang belum mumayyiz dan dalam jarak 500 meter.

Awek sekolah bajet hot tidak menjadi pilihan kerana pakwe sekolah terpaksa berhadapan dengan cinta tiga segi di usia yang muda. Ini kerana apabila awek-awek sekolah ini membajetkan diri mereka hot, mereka merasakan ramai pakwe-pakwe sekolah dambakan (pergh lagi) cinta dan kasih sayang mereka. Itu belum kira cikgu lelaki. Ada juga awek bajet hot mengatakan guru lelaki meminati mereka sehingga terkejar-kejar mahu mengajar di kelasnya.

3) Awek hensem

Awek hensem selalunya tampak ganas dan tougher than pakwe sekolah. Perangai awek-awek ini dapat dilihat dengan mata kasar seperti cara mereka berjalan, cara percakapan dan pembawaan diri yang tidak seratus peratus perempuan. Mereka juga suka bergaduh dengan kaum Adam dan perkataan belasah, terajang, penendang atau bantai menjadi trademark apabila bergaduh.

Pakwe sekolah menyampah dengan awek hensem kerana mereka seolah-olah ingin membuktikan mereka juga gagah, sasa dan jangan dipandang enteng. Sedangkan lidah lagikan tergigit. Inikan pula cinta monyet remaja sekolah. Sekiranya berlaku sebarang pergaduhan pakwe-pakwe berpotensi untuk dicampak dari koridor memandangkan mereka lebih tough justeru adalah lebih wajar tidak menjadikan awek hensem sebagai kekasih. Berdasarkan survey yang dilakukan secara random pakwe-pakwe sekolah berpendapat awek hensem kebiasaannya tidak begitu hormat pada pakwe sendiri.

4) Awek mengadu domba

Mengadu domba adalah perbuatan yang dibenci. Maka awek yang suka mengadu domba perlulah sedar mereka juga dibenci oleh pakwe-pakwe sekolah. Awek-awek sebegini memandang perkara remeh sebagai perkara yang besar punyaaa. Sebagai contoh sekiranya awek ini diusik oleh pakwe-pakwe sekolah, mereka tidak akan teragak-agak untuk mengadukan perkara tersebut pada ustazah atau guru-guru komander askar. Hui sudah pasti kena panggil dan 'dibasuh' maka bertambahlah kebencian yang sedia ada.

Awek-awek lindungan kaabah juga kebanyakkannya suka mengadu domba. Kalau dah kau alim sangat kau nasihat aje lah pakwe tu. Yang kau nak mengadu sana sini kenapa *emo*

5)Awek kuat mencarut

Mencarut sudah menjadi sebahagian dari hidup mereka. Kadang-kadang tersadung kaki bagaikan kilat terus sahaja ada carutan yang meluncur dari mulut dibawakan secara live dari awek kuat mencarut. Awek kuat mencarut menyebabkan pakwe sekolah bertukar menjadi imam muda kerana segala carutan akan dibalas dengan beristighfar. Awek kuat mencarut juga sebahagiannya dipengaruhi oleh awek hensem dan kebarangkalian kecil untuk menjadi tomboy juga ada.

Tidak ada satu makluk pun di dunia ini yang sukakan awek kuat mencarut. Maka adalah wajar sekiranya anda berhentikan carutan anda kerana Tuhan juga marah. Awek-awek seperti dalam gambaran di atas sila insaf. Masih belum terlambat.


Read more: http://www.blogbahni.com/2013/08/info-5-perangai-perempuan-yang-buat.html#ixzz2gIXZCuwK

Pasangan Gay Melayu Bangga Pamer Bukti Cinta Selamanya Di Youtube!


Gay

Suatu ketika dahulu, hubungan cinta terlarang seperti homoseksual dianggap tabu dalam masyarakat kita.

 
Pendek kata, memang berani matilah jika ada pasangan gay atau lesbian yang mengaku secara terang-terangan mengenai hubungan mereka.

 
Namun sekarang tidak lagi apabila ada di kalangan mereka yang sudah semakin berani mencanang hubungan jijik itu seperti yang dilakukan pasangan gay, Qied Nazz dan Syakie Syah.

 
Video ‘keindahan alam percintaan’ kedua-duanya dapat disaksikan di laman YouTube dengan tajuk “Qied Nazz & Syakie Syah – “GAY”licious Yang Terindah Is Love”.

 
Pasangan ini juga menggunakan panggilan ‘hubby’ dan ‘daddy’ berdasarkan minit ke 0:39.
 
Tidak diketahui sama ada video itu dimuat naik sendiri oleh pasangan tersebut atau pihak lain, namun kami percaya video itu dibuat sendiri oleh mereka.

 
Ini dibuktikan melalui sebaris ayat pada minit terakhir video tersebut iaitu, “Thank’s to whacting present video from us ; Syakie Syah & Qied Nazz”.

 
Abaikan kesilapan ejaan kerana itulah yang mereka sampaikan melalui video yang sangat ‘romantis’ ini.

 
Penulis percaya, sokongan daripada ramai pihaklah yang menjadikan gejala songsang ini semakin berleluasa.

 
Jika diperhatikan di laman sosial, siap ada komen-komen yang mendoakan kebahagian pasangan homoseksual kerana merasakan ia merupakan hak mereka.

 
Hak bercinta, hak kami katanya. Hai, nampaknya semakin hebat teknologi, semakin cetek akal dan fikiran sesetengah manusia.
 



Read more: http://www.blogbahni.com/2013/09/pasangan-gay-melayu-bangga-pamer-bukti.html#ixzz2gIXDjjJt

Kubah Kiamat Di Norway Kutub Utara

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada para pembaca. Ramai yang tahu masa depan umat manusia moden dihantui oleh realiti terjadinya perubahan iklim yang extreme, penggantian musim menjadi tidak terurus, kuantiti hujan berkurangan disuatu tempat, dan banjir disertai badai dahsyat di kawasan-kawasan lain. Gejala universal ini yang dijangkakan akan berlaku pada kesemua penjuru dunia tanpa terkecuali satu tempat pun.
Kesan paling teruk daripada perubahan iklim dunia akan dirasakan negara-negara membangun. Ekosistem subur akan musnah menjadi kekeringan dan kekurangan air bersih, pengeluaran pertanian akan terganggu. Sektor pertanian sebagai pembekal makanan bagi umat manusia akan terkena kesan parah kesan daripada perubahan iklim. Petani² akan menghadapi banyak kesulitan dalam menentukan masa yang sesuai untuk memulakan proses bercucuk tanam kerana ketidakpastian musim yang sedang bercelaru. Ummat manusia melalui pelbagai usaha untuk mengatasi kesulitan dan cabaran masa depannya yang telah banyak termusnah akibat bencana² alam musibah daripada perubahan suhu dunia.Dengan alasan demi keprihatinan menghadapi masa depan umat manusia yang bakal berdepan dengan masalah diatas, sejak tahun 2006 Kerajaan Norway bekerjasama dengan Monsanto Corp., Yayasan Bill and Melinda Gates dan Yayasan Rockfeller, Yayasan Syngenta, mendirikan sebuah projek ‘ganjil’ di salah satu tempat yang paling terpencil di dunia iaitu pulau Svalbard- Norway.
Svalbard adalah sebuah tempat yang sejuk, tandus dan berais. Pulau ini dihuni oleh burung dan beruang, namun bagi tujuan menyelamatkan kelangsungan hidup manusia daripada bencana besar dunia maka ditubuhkan pelbagai kemudahan disana seperti airport, hotel dll. Namun pastinya penempatan itu untuk golongan elit dunia sahaja. Maka telah dibina ‘Kubah Kiamat’-Svalbard Global Seed Vault di Spitsbergen salah satu pulau di kepulauan Svalbard.
Kubah Kiamat Svalbard dibina di dalam sebuah gunung di Spitsbergen berdekatan sebuah desa kecil di Longyearbyen. Ia juga dikenali sebagai ‘Bank benih’ kerana mereka juga melakukan transaksi perniagaan pembenihan untuk simpanan kegunaan pada masa depan. Pembinaan SeedBank Svalbard mempunyai pintu yang tahan gegaran apabila bumi dihentam meteor atau letupan nuklear. Pintu pintunya juga dilengkapi dengan sensor pergerakan, dua kunci hawa (airlocks), dan dinding konkrit daripada baja berketebalan satu meter. Gudang benih di dalamnya mampu memuatkan hingga 3 juta jenis benih berbeza dari seluruh dunia.
Sumber kerajaan Norway mengatakan bahawa Svalbard Seedvault ini akan memelihara kepelbagaian benih di bumi agar dapat digunakan untuk masa hadapan. Benih-benih tersebut dibungkuskan secara khusus untuk mengeluarkan embun atau stim yang lembap. Di bank benih ini tidak akan ada staff yang bekerja seharian, tetapi akibat kepayahan perjalanan untuk kesana akan memudahkan ‘mereka’ mengawasi apa sahaja kemungkinan daripada aktiviti manusia yang cuba mendekatinya disamping sistem surveillance Norway dan NATO yang akan mengawasinya secara automatik.
Kawasan Spitsbergen dianggap ideal kerana kurangnya aktiviti gempa tektonik dan Permafrost, yang akan membantu pemuliharaan benih secara semulajadi. Bank Benih ini terhampar pada ketinggian 130 meter (430 kaki) di atas permukaan laut dan telah diyakini kawasan ini akan tetap kering meskipun puncak puncak gunung ais di Kutub Utara mencair kesemuanya. Kemudahan ‘Kubah Kiamat’ Svalbard ini akan menyediakan kuasa untuk unit pendingin udara yang hebat sesuai dengan standard piawai antarabangsa yang disyorkan -18 ° C (0 ° F). Bahkan jika peralatan tersebut gagal berfungsi misalnya kerana global warming, kepanasan bom nuklear thermal dan bencana dahsyat lain, tempat tersebut akan kekal selamat selama beberapa minggu sebelum suhu meningkat ke -3 ° C (27 ° F) kerana diakibatkan oleh batuan dasar pasir sekitarnya panas.
Global Crop Diversity Trust (GCDT) adalah syarikat pengelola kubah benih tersebut. Sementara untuk penghantaran sampel benih dikendalikan bersama-sama dengan Nordik Trust for Gen Center – Pusat Sumber Daya Genetik. Mereka akan menyediakan sebahagian besar kos operasi tahunan untuk kemudahan tersebut. Kerajaan Norway akan membantu penyelenggaraan strukturnya.
Dengan sokongan daripada Bill & Melinda Gates Foundation dan penderma lain, ia sekaligus dapat membantu genebanks GCDT dipilih di negara-negara membangun serta pusat-pusat penyelidikan antarabangsa pertanian dalam bungkusan dan penghantaran bimbit ke kubah benih. Dewan Penasihat Antarabangsa sedang ditubuhkan untuk memberikan bimbingan dan nasihat. Ini akan merangkumi wakil-wakil dari FAO, CGIAR itu, Perjanjian Antarabangsa mengenai Sumber Daya Genetik Tanaman dan institusi lain.


Bekas Tentera Ini Menukar JANTINA, Memeluk Islam Dan Berkahwin



Hidayah boleh datang dari mana saja tanpa diduga . Seorang bekas tentera British dari kesatuan Territorial Army, Lucy Vallender (28 tahun) mendapat hidayah ketika ia menonton acara TV mengenai Islam.

Kemudian Lucy, yang pada asalnya adalah seorang lelaki yang bernama Laurens telah menukar jantinanya menjadi perempuan dan memeluk Islam. Setelah memeluk Islam, dia memakai tudung dan tidak pernah meninggalkan solat 5 waktu.

Tidak berapa lama kemudian dia bertemu dengan Murad, seorang lelaki Muslim yang dikenalinya di internet. Kemudian mereka berkahwin dan Lucy menjadi isteri kedua Murad yang telah memiliki 2 anak. sumber


NOTE: Sebelum kita menilai sendiri pekara seperti ini,haruslah kita rujuk terlebih dahulu kepada yang lebih arif tentang hukum-hukum yang berkaitan..

Rasulullah s.a.w. telah bersabda:

  "Bukan dari golongan kami siapa saja wanita yang menyerupai lelaki dan siapa saja lelaki yang menyerupai wanita." (Musnad Ahmad, no: 6875 dengan sanad yang dinilai hasan oleh Ahmad Syakir).

Bahkan 'Abdullah ibn' Abbas r.a. menerangkan bahawa:

  "Rasulullah s.a.w. melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki. "(Shahih al-Bukhari, no: 5546). Hadis-hadis larangan dalam bab ini juga diriwayatkan oleh Abu Hurairah dan Aisyah ra.



           

Cara Cepat Buat Anak Tanpa Bersusah Payah


 Jangan la sensitive sangat ye dengan tajuk tu...Saje sambil rehat2,tenangkan fikiran layan la hati dan perasaan yang tengah stress tu dengan senyuman,gambar ni hanya untuk berlawak jenaka, di harap gambar ini takde yang boleh yang boleh menyinggung perasaan sesiapa....






Pemandangan Sebelum Menara Berkembar Petronas & KLCC Dibina

Kawasan KLCC, tempat di mana berdiri megah Menara Berkembar Petronas dahulunya merupakan kawasan padang rumput hijau yang dijadikan track untuk perlumbaan kuda. Kawasan ini dikenali sebagai Selangor Turf Club.
Siapa sangka, kawasan yang dahulunya hanya padang rumput, kini berubah menjadi kawasan paling elit dan pesat di KL.
Dalam gambar di atas, anda boleh lihat pada latar belakang di sebelah kiri gambar adalah Hotel Hilton KL (sekarang Crowne Plaza Mutiara Hotel), di sebelah kanan letaknya Holiday Inn On-The-Park Hotel (diubahsuai sebagai Impiana KLCC Hotel)  dan Hotel  Equatorial sebahagiannya tersembunyi  (kini sudah dirobohkan).
Untuk lebih jelas sila lihat perbandingan di bawah…
before klcc was built
Lagi gambar-gambar: 
Kawasan parking Selangor Turf Club